Life Is A Drama..

Logo KBBA

12 April 2019

Mainan Lama Kembali Viral

Bagi yang lahir tahun 90-an sampai tahun 2000, mesti banyak kan yang korang boleh kenangkan. Tambah lagi mainan-mainan lama yang korang dah lama tak jumpa. Kalau jumpa pun, mesti korang rasa excited. Sama jugak la macam aku, pantang jumpa mesti rasa excited.

Macam baru ni, viral permainan Beyblade. Aku duk perasan dah gambar budak-budak duk usung kuali dok lalu kat Timeline aku, tapi aku buat bodoh je. Lepas tu keluar story sorang brother ni 'berdendam' dengan budak ni sebab beyblade tak berpusing. Terus aku tergelak. Hahahaha...

Dulu pun aku pernah beli Beyblade ni. Lawan dengan sepupu-sepupu aku. Mulanya guna kuali lepas tu sepupu aku beli gelanggang dia. Hahahaha... Berlawan kitorang. Tapi rasanya Beyblade zaman kitorang macam lagi best kot.. Sebab ada yang besi and ada yang ada belerang. So bila berlanggar tu, keluar la api. Hahahaha.. Dapat la rasa macam dalam kartun tu.


Owh.. Budak-budak sekarang yang mula main Beyblade tu tahu ke yang permainan tu asalnya dari kartun? Hahaha... Ke main je tanpa tahu asal usul Beyblade tu? Aku rasa macam dorang main je. Hahahaha.. Silap-silap ada yang jadi bapak orang pun dok main lagi Beyblade ni bila dah viral balik.


Aku dok tunggu je mainan apa lagi yang nak viral balik. Mungkin Crushgear or Tamiya? Hhahaha... Takpun main kad Yugi-Oh? Hahahaha... Memori betul semua tu... 

Tiada ulasan: