Life Is A Drama..

Logo KBBA

04 April 2019

Jangan Bertangguh


Itu la, dok bertangguh lagi, kan tak pasal-pasal ramai nak menolong. Hahahaha... Puan Isteri pun dok remind aku, tapi aku tak pergi buat pun. Hahaha.. 


Ceritanya, bateri remote kereta aku dah weak dah dalam dua bulan lepas. Tapi aku buat tak tahu je even Puan Isteri dah remind kat aku. Aku pulak tak ingatkan Puan Isteri untuk pergi tukarkan sebab masih okay walaupun kadang-kadang tak boleh gak pakai. Kalau keluar pun, macam malas nak pergi tukar jugak. 


Tapi semalam, masa pergi food review dekat Seksyen 7, nak balik tu memang tak boleh bukak langsung kunci kereta. Kak Shehan dengan husband Sha pun tak boleh bukak. Suruh ketuk la, dekatkan dengan kereta la. Semua tak boleh. Nak cabut penutup kunci manual tu pun ketat. Dorang nak buat kuat-kuat pun tak berani. Iya la.. Kereta orang kan, kang patah kunci ke, apa ke... Masalah pulak kan... Hahahaa.. 


Lepas dorang balik, aku try cungkil penutup kunci manual tu slow-slow. Alhamdulillah, boleh jugak bukak. Kalau tak, kena balik naik Grab je aku dengan Puan Isteri. Hahahaha... Sekarang dah tukar dah bateri baru. Lega dah sikit.... So, korang jangan nak bertangguh okay.. Kalau tak.... 

1 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

betul tu.. jangan bertangguh. sy pun da serik kalo bab bab keta ni.
lagi2 topap tngo. selalu tunda pastu nak cepat amek.. !! baki x ckup.