Life Is A Drama..

Logo KBBA

03 April 2019

Dulu 20 sen, sekarang lebih RM1

Baru ni masa aku pergi rumah abang aku dengan family yang lain dekat kampung, abang aku keluarkan aiskrim Malaysia ni. Budak-budak dulu tau la kan aiskrim ni. Sekarang pun ada lagi, tapi susah gak la nak cari. Kalau ada pun, mahal. 


Dulu aiskrim Malaysia ni banyak jual kat rumah-rumah kampung je. Kalau kat kedai, jarang sangat jumpa, yang ada pun ice-pop tu je. And kalau nak beli, kena tau sedap ke tak, gebu ke tak. Sebabnya ada yang keras and ada yang gebu. Flavor dulu pun tak banyak, sirap, bandung, jagung, milo, asam masin. Itu je la kot selalunya. Harga pun murah je, 20 sen je sebatang or paling mahal pun 30 sen. Nasib baik, ada yang jual 10 sen. 

Macam aku beli baru ni masa nak balik ke Shah Alam, banyak gila flavor dia. Semua moden-moden. Tiramisu la, nutella, durian, strawberry pun ada. Nasib harga tak mahal, 70 sen je. Tapi besar and panjang. Berbaloi gila. 


Baru ni Puan Isteri aku tengok dekat petrol pump, ada jumpa... Tapi mahal, lebih seringgit. Lepas tu kecik and pendek. Ko rasa? Hehehehe.. Nasib la aku ada kampung, dapat la lagi yang murah-murah ni... 

1 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

nasib laa zaman skrng. semua pun gitula harganya..