Life Is A Drama..

Logo KBBA

11 April 2019

Campaklah Ke Mana Saja, Pasti Ada Rezeki


Rezeki ni macam kita memancing dekat laut. Kita main agak je untuk baling umpan ke satu arah yang kita tak tahu ada ikan ke tak. Tapi kita yakin kat situ ada ikan. Kalau dah tertulis rezeki tu kat arah yang kita baling tu, insya Allah sekecil ikan pun dah memang tertulis itu rezeki kita. Kalau tak, kita lempar lagi umpan ke arah lain sebab kita percaya, mesti Allah dah tulis rezeki kita untuk sesuatu tu. 


Rezeki ni tak pernah salah alamat. Cuma lambat atau cepat. Sama ada kita pasrah atau redha dengan apa yang dah ditentukan untuk kita. Macam memancing, ada sesetengah tu terpaksa tunggu berjam-jam untuk naikkan seekor ikan, tapi ada yang cuma 10 minit untuk dapat seekor ikan.


Macam masa aku kerja dekat Ipoh dulu. Selalu aku pergi interview, ulang alik Ipoh - KL, tapi tak ada rezeki. Lepas dua tahun, Alhamdulillah, rezeki aku kat tempat sekarang ni. Kalau ikut aku, aku tak pernah pun berharap, cuma kalau dah memang itu rezeki aku, aku terima je la kan.


Sebabnya, aku dah selalu berharap, tapi sudahnya, dah tertulis tu bukan rezeki aku.. Agak kecewa mulanya, tapi okay je... Hehehe... Percaya la pada rezeki pada yang selalu mencuba. Jangan risau, lambat-laun, rezeki korang tu akan sampai.  Mana tahu, hasil 'pancingan' korang tu terus naik 'ikan besar' , kan?? 

Tiada ulasan: