Life Is A Drama..

Logo KBBA

26 April 2019

Berbuka Puasa Di Tepi Tasik Bukit Merah

Berbuka puasa di dalam cafe dan hall yang sentiasa ada aircond dah biasa sangat kan? Especially kalau yang di tengah-tengah bandar. Sesekali nak jugak berbuka puasa dengan fresh air and tengok view yang cantik, tambah-tambah lagi kalau tepi tasik. Memang lagi berselera la kan kalau makan.

Untuk orang utara terutamanya di kawasan Taiping, Kerian dan Pulau Pinang, aku cadangkan korang ke Bukit Merah Laketown Resort untuk rasai suasana berbuka puasa di tepi tasik Bukit Merah seluas 7,000 ekar. 


Bab makanan, korang jangan risau. Insya Allah sedap sebab kena dengan selera aku. Especially Nasi Kabsah and Ayam Halia, Sambal Sotong, Kambing Bakar and Ikan bakar dia. Serius sedap. Pilihan pun banyak dengan ada stall-stall yang menarik. 

Kalau korang nak tahu, sebanyak lima set menu yang akan ditukar mengikut hari untuk disajikan pada tahun ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju beserta tomato.

Dengan kadar RM45 bagi dewasa serta RM35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 serta 6.45 petang. 

Tapi, kalau keadaan tak mengizinkan korang tak dapat berlayar sebab, perkhidmatan pelayaran tasik tu bergantung pada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras tertentu .


Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet. 

Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM35 bagi dewasa dan RM25 kanak-kanak, warga emas, serta orang kurang upaya (OKU) untuk pembelian yang telahpun bermula, iaitu dari 1 hingga 30 April 2019.


Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 hingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.  


Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi +605-8908888 atau layari http://www.bukitmerahresort.com.my. 


Tiada ulasan: