Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 April 2019

Berbuka Puasa di CCK, Shah Alam

Time bulan puasa ja, bab kambing memang ramai yang serbu kan? Waktu lain pun, kambing golek, kambing bakar pun ada, tapi kenapa time bulan puasa, lauk kambing jugak jadi tumpuan? Musykil aku. Hehehe...


Tapi kan, kalau korang nak makan lauk kambing yang sedap dan puas hati, aku cadangkan korang ke Cafe Cerita Kambing dekat Seksyen 7, Shah Alam. Alaaa... Belakang UNISEL je. Menu yang berasaskan kambing dekat sini memang specialty dorang la. Memang makan bertambah lauk kambing dekat sini.

Satu lagi yang menarik makanan kat sini untuk berbuka puasa, laksa Johor dia. One of my favorite dish. Pedas, pekat, cukup rasa untuk laksa Johor dia. Termasuk soto tulang kambing kat sini. Perghh.. Memang terangkat habis la. 


Walaupun bukan setaraf hotel, CCK menyediakan 49 jenis hidangan yang confirm korang suka. Ada lauk ala kampung, nasi arab, mee goreng endau, kuih-muih and aneka bubur. Kalau bajet tak banyak, korang boleh ke sini sebab memang murah tapi berbaloi, especially kambing dia...



CAFE CERITA KAMBING, SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Kanak-kanak RM25 (7-12 tahun)
Dewasa RM49.90
Warga Emas RM39.90 (60 tahun)

Tempahan sebelum 3 Mei 2019 akan dapat diskaun 20%

Venue : Delisha Wedding House by Cafe Cerita Kambing, Anjung 7, Jalan Zirkon B7/B Shah Alam
.
Tempahan :
0192816308 (Pn Yan)
01131760227 (Chef Zack)
0107898798 (En Zamri)
01151680785 (Dato Zaini)
0355234614 (Office)

Tiada ulasan: