Life Is A Drama..

Logo KBBA

14 April 2019

Berbaloi Ke Beli Surya Apple Cider Vinegar Untuk Atasi Kembung Perut?



Sebelum ni aku dok tengok je kalau kawan-kawan dok amalkan Surya Apple Cider Vinegar (Surya ACV) ni. Bapak mertua aku pun dok amalkan ACV ni cuma jenama lain la. Aku ni bab cuka-cuka ni memang kurang sikit. Banyak khasiat jugak rupanya Surya ACV ni yang memang selama ni aku tak ambil tahu pun pasal Surya ACV ni termasuklah bab kembung perut dan senak perut. Benda yang aku selalu alami, termasuk jugak la korang kan.



Okay, dah dua minggu sebenarnya aku amalkan Surya ACV ni yang dah dicampur madu. Aku memang kurang dengan pengambilan cuka ni, tapi disebabkan aku ada masalah kembung perut, dan masalah tidur kebelakangan ni dan senak perut, so aku cubalah beli. Well, cara bancuh pun senang, masukkan dua sudu Surya ACV ke  dalam air, kacau-kacau sikit dan minum. Aku ingatkan teruk sangat rasa dia, rupanya macam minum air epal je. Rasa masam cuka pun tak terasa sangat sebab dah dicover dengan madu. Paling best aku rasa kalau guna air sejuk.

Alhamdulillah, bab angin dalam perut memang lega la sebab angin memang keluar sokmo, sampai wife pun tension. Hahahahah…Tapi Nampak la kesan minum Surya ACV ni. So sekarang kat rumah tu dua orang la minum Surya ACV, aku dan bapak mertua aku. Tak sia-sia aku beli dua botol.

Tapi,  apa kandungan Surya ACV ni. Of course, ianya dibuat daripada buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, potassium, magnesium, kalsium, fosforus dan juga zat besi selain daripada mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan betacarotene yang boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan dan melemahkan system imunisasi badan.


Bahan utamanya adalah asid asetik yang mampu membunuh bakteria dan boleh dijadikan bahan pengawet semulajadi selain daripada dapat merendahkan paras glukosa darah dan melambatkan pengosongan gastrik. Dan of course, Surya ACV ni ada pemanis semulajdi yang menggunakan madu lebah yang bertindak sebagai antioksidan dan antiseptik.

Tapi, apa kelebihan dan khasiat cuka epal dan madu :

  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Merangsang pemecahan lemak
  • Meredakan sakit dan sengal sendi
  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
  • Melawaskan usus besar dan usus kecil
  • Mengekalkan tahap kolestro rendah
  • Menghilangkan stress
  • Membantu masalah susah tidur
  • Membantu melangsingkan badan

Kalau ikutkan antara kebaikan Surya ACV ni, sebenarnya sangat sesuai untuk semua jenis lapisan usia dan tak mengira jantina. Untuk kesihatan, insha Allah Surya ACV jawapan yang selamat. Dan untuk pengetahuan korang, Surya ACV ni merupakan keluaran tempatan dan telah mendapat sijil halal.

Okay, kalau korang nak beli Surya ACV ni, korang boleh dapatkan di semua cawangan Watsons, butik Himalaya ataupun farmasi-farmasi berdekatan kecuali Guardian. Tapi kalau korang malas nak keluar, beli online je dekat Lazada, dua botol murah je dengan gunakan kod KBBA10.

Keterangan lanjut, korang boleh ke :



Facebook : Surya ACV
Instagram : Surya ACV

4 ulasan:

Ann Noura berkata...

Best kann! Rasa pun sedapp!

Huda Halid berkata...

Memang berbaloi. Dah try dah 👍👍

Julia Johari berkata...

Memang berbaloi tau fir, sebab pakar pemakanan luar negara mengagungkan epal cider ni dalam pemakanan seharian.

Nadia Johari berkata...

Ya kita pun minum air ni juga.. Memg angin keluar sokmo