Life Is A Drama..

Logo KBBA

21 Mac 2019

Salah tidur? Nasib baik ada Deep Heat dari Cosmoderm

Rabu lepas aku jadi sakit bahagian bahu sebelah kiri sebab salah tidur. Tu bahasa orang lama la. Memang sakit urat la sebab nak pusing kepala sebelah kiri pun tak boleh. Kena pusing sekali badan baru boleh tengok. Memang susah la nak bawak motor. Lepas tu Rabu tu dah la aktiviti aku penuh dari tengah hari sampai ke petang. Terpaksa la tahan sikit. Dengan duk ulang alik ke toilet lagi waktu Subuh tu.. Perghhh... 



Petang tu masa aku dalam KTM, on the way balik dari KL Sentral ke Shah Alam, aku dah text Puan Isteri suruh urutkan sikit dengan Deep Heat Lotion dari Cosmoderm. Puan Isteri pun tak pandai sangat urut, so aku la tunjukkan tempat and suruh dia picit-picit sikit. Sakit tu memang sakit, tapi rasa lega sikit.


Esoknya bangun, memang kurang banyak rasa sakit sebab salah tidur tu. Alhamdulillah, mungkin dengan bantuan Deep Heat Lotion tambah dengan kasih sayang Puan Isteri yang 'mengurut', lega banyak.


Esoknya tu dah boleh pusing kepala walaupun sakit sikit-sikit lagi. Selalunya kalau jadi macam ni, memang makan dua tiga hari gak baru nak baik. Alhamdulillah, kena restock Deep Heat Lotion ni kat rumah... DR

1 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

memang kalo salah tidur tu esok ganggu betul. sakit sengal2.
elokla ada ubat boleh kurangkan sementara nak tungug elok..