Life Is A Drama..

Logo KBBA

22 Mac 2019

New Zealand bersatu, aku rasa terharu

Seminggu ni macam-macam isu yang jadi. Sama ada dalam or luar negara. Tapi aku terharu dengan kes tembakan dekat Christchurch, New Zealand yang mana 50 orang meninggal dan ramai lagi yang cedera. Memang ramai yang meluahkan rasa simpati tentang insiden tu, tambah lagi rakyat New Zealand.

Apa yang buat aku lagi terharu, hari ni, Jumaat, rakyat New Zealand berkempen untuk memakai tudung sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada umat Islam kat sana. Sebuah negara bukan Islam, begitu prihatin dengan nasib golongan minoriti dekat sana. Tolak la negara-negara Islam ni eih sebab dah tentu membela nasib orang Islam. Aku nak bercakap dari sudut negara bukan Islam.

Apa yang menarik perhatian aku, pemimpin kat sana sangat dekat dengan rakyat tanpa mengira latarbelakang rakyat. Tak ada berat sebelah, tak ada pilih kasih. Aku terharu bila baca berita dan tengok gambar-gambar rakyat New Zealand yang sentiasa bersama tanpa mengira latarbelakang.

"New Zealand mourns with you. We are one," - Jacinda Ardern, New Zealand Prime Minister. 


Semoga semuanya dipermudahkan segalanya untuk kita semua... 

Tiada ulasan: