Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 Mac 2019

Makanan Viral di Royale Songket di Grand Bluewave Shah Alam

Wuuu.. Minta maaf la eih kalau entry aku kebelakangan ni banyak pasal makan. Bukan apa, senang untuk korang buat pilihan untuk berbuka dekat mana kan... Aku janji, semua yang korang pergi ni memang sedap dan puas hati. Kali ni aku nak bawak korang ke Royale Songket, Grand Bluewave (GBW) Shah Alam.

Bertemakan Warna Warni Ramadan 1440H, GBW membawa konsep Bazar Malaysia Kini dan Ala Kampung dengan lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza. Apa yang menarik perhatian aku, makanan yang pernah viral sebelum ni pun ada macam kuew teow goreng cheese, burger cheese meleleh, shellout kamyong style, ayam goreng pedas cheese and roti john titiwangsa. Semua yang viral ni ada cheese tau... So, bagi korang yang penggemar cheese, wajib berbuka puasa kat sini.

Kalau menu utama pulak, aku suka asam pedas daging tetel, laksa Sarawak, shell out, nasi pakistan, stew kambing and banyak lagi la. Semua sedap weh... 

Tak nak makan nasi? Jangan risau... Hawaiian pizza ada, tandoori stall, gerai masakan Cina, gerai itali and macam-macam lagi la. Bab grill pun memang mantap weh... Macam-macam ada...

Tapi yang paling menarik perhatian aku, pencuci mulut kat Royal Songket ni. Rambang mata weh sampai aku rasa nak ambik je semua. And of course, sedap gila. 

Warna Warni Ramadan 1440H

Tarikh : 6 Mei - 4 Jun 2019

Waktu : 7 malam - 10 malam

Harga : RM138 (Dewasa)

RM 70 (kanak-kanak dan warga emas)

Tel : 03 5511 8811 (ext. 2801,2804,2806) 

Email : dosm@bluewavehotels.com


**RM148 (Sabtu, Ahad dan cuti umum bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak)

**Special diskaun untuk tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadan (6 Mei) dengan harga RM95 bagi 10 orang ke atas dan RM100 untuk 9 orang ke bawah


**Tempahan majlis berbuka di dewan bankuet GBW Shah Alam (untuk syarikat korporat dan organisasi yang ingin adakan majlis tertutup) bermila dari RM75  dengan minimum 100 orang. 

Tiada ulasan: