Life Is A Drama..

Logo KBBA

21 Mac 2019

Happy Birthday Boat Noodle! Makan, Stack And Repeat!




Boat Noodle. Pernah jadi satu fenomena dan aku rasa masih lagi jadi fenomena sampai sekarang. Tiap kali pergi, mesti ambik gambar mangkuk susun bertingkat-tingkat, lepas tu post kat social media. Betul tak? Aku tau tu sebab aku masih buat jugak macam tu setiap kali pergi.

By the way, baru ni aku ke cawangan terbaru Boat Noodle kat The Gardens Mall untuk sambutan Hari Jadi Boat Noodle yang kelima pada 17 Mac lepas, tapi baru semalam buat sambutan. Well, dalam masa lima tahun, dah ada 48 cawangan Boat Noodle seluruh Malaysia. Laju oooo...

Okay, sempena dengan ulang tahun yang ke-5 ni, Boat Noodle buat kemunculan semula signature dish dia yang dikenali sebagai 'Ayutthaya 2.0' lepas sembilan bulan 'ditarik' dari menu. One of my favorite dish kalau ke Boat Noodle. 


Berkenaan Ayutthaya 2.0 ni, pengurusan Boat Noodle dah upgrade sikit resipi Ayuthaya ni. Setiap hidangan Ayutthaya ni dihidangkan dengan cendawan Enoki dengan pilihan ayam atau daging sebagai topping. Lepas tu lagi, setiap hidangan ni jugak akan ditambah dengan fried garlic with oil, chopped coriander leaf dengan sedikit chilli flakes. 




To be honest, sebelum ni kalau aku ke Boat Noodle, aku tak pernah pun campur fried garlic with oil ni sebab takut tak sedap. Tapi bila aku try buat semalam, sedap jugak bila campur. Semalam aku berpeluang untuk buat sendiri Ayutthaya version aku sendiri. Bila lagi nak try kan.



Okay, sempena tahun ke lima ni jugak, Boat Noodle perkenalkan loyalty stamp card untuk semua outlets di seluruh negara. Pembawa kad ni akan dapat stamp bila dorang makan, stack and repeat 20 mangkuk dalam sekali makan. Lagi banyak stamp korang kumpul, korang boleh claim 5 mangkuk, 10 mangkuk dan 20 mangkuk dalam kunjungan dorang seterusnya and jadikan dorang as a Noodle Master.


Well, jangan lupa korang ke Boat Noodle di cawangan terdekat dengan korang, ambil loyalty stamp card. Lepas tu Makan, Stack and Repeat!!!


Tiada ulasan: