Life Is A Drama..

Logo KBBA

01 Mac 2019

Delisha Wedding House, Seksyen 7 Shah Alam

Kalau korang masih tercari-cari tempat untuk adakan kenduri kahwin ke, birthday party ke, seminar ke, corporate event ke, aku cadangkan kalau korang dapat ke Delisha Wedding House dekat Seksyen 7 Shah Alam. Lokasi dekat belakang Unisel je. Aku tahu pasal tempat ni pun sebab baru ni aku ke Majlis Pra Pelancaran Dewan Perkahwinan ni. 


Dari segi tempat, lokasi Delisha Wedding House ni memang agak strategik. Tak jauh dari Federal Highway dan kawasan dia tak sesak sangat. Parking pun senang jugak kat area sini. 

Kalau dari segi makanan pulak, korang jangan risau sebab Delisha Wedding House ni bekerjasama dengan Cafe Cerita Kambing (CCK) sebagai catering untuk majlis yang korang buat dekat dewan ni. Bagi orang Shah Alam, aku rasa korang mesti tahu kan CCK punya makanan ni macam mana? Memang thumbs up la untuk CCK ni. So bab makanan, insya Allah memang korang akan puas hati.

Ada banyak pakej sebenarnya kalau korang nak buat majlis dekat sini dan korang boleh berbincang secara terus dengan Delisha Wedding House ni. Bagi aku bila tengok harga dia, takda la mahal sangat dan insya Allah mampu la untuk yang disekitar Shah Alam ni dan dengan pakej yang dorang tawarkan. Tapi ni untuk pakej majlis kahwin ye. Tapi untuk majlis lain, korang boleh hubungi nombor yang ada dalam blog aku ni.

Bagi aku, kalau ada bajet yang mengizinkan, boleh korang ke sini. Insya Allah korang akan berpuas hati dengan layanan daripada Delisha Wedding House. 

4 ulasan:

Izyan Balqis berkata...

makin banyak tempat yang memudahkan urusan perkahwinan dan majlis, terbaik!

Nina Mirza berkata...

Menarik! Air tangan CCK memang sedap menepati selera Nina. Makaseh info, nanti boleh laaa pass kengkawan.

ina azlina berkata...

cantik deko dia.

Ai berkata...

Dengar katanya sedap.