Life Is A Drama..

Logo KBBA

15 Mac 2019

Aladdin and The Malaysian Treasures di The View Cafe


Bulan puasa pun tinggal lebih kurang sebulan lebih je. Tak lama dah lagi. Maka bermula la masing-masing nak berlawan menu masakan berbuka or nak berbuka puasa kat mana kan. Hehehe.. Untuk yang pertama tahun ni, aku nak cadangkan korang ke The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam yang bertemakan 'Aladdin and The Malaysian Treasures'.

Aku straight to the point la eih. Well, one thing yang aku suka tentang The View Cafe ni, of course view dia yang cantik, especially masa Maghrib, dapat tengok sunset. Plus kalau malam sikit, view lampu-lampu i-City la kan. Hehehe..



Untuk bulan puasa tahun ni, The View Cafe memperkenalkan 160 menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira masa bulan puasa ke or luar bulan puasa bermula dari appetizer, main dish, soup, sampai la ke dessert.



Masa yang aku pergi baru ni, dorang hanya keluarkan 80% je dari menu yang akan dorang keluarkan pada bulan puasa nanti, itu pun aku dah rasa banyak gila sampai tak tahu nak ambik yang mana satu. Tapi yang penting, Mongolian Lamb dia memang terbaik. Daging salai masak lemak pun sedap, rendang minang dia pun padu weh. Alamak, terliur aku weh...Hehehe..


Antara menu lain yang dorang akan sajikan nanti termasuk sup kambing berempak mamak, tomyam seafood, crabmeat and corn soup, soto madura, kari kepala  ikan, daging masak hitam, kambing blackpepper, bamboo clam with chili and banyak lagi la.



Tak nak makan makanan Malaysia or yang berat-berat? Jangan risau..The View ada sediakan 13 gerai yang menyajikan rojak campur, okonomiyaki,teppanyaki, shawarma, pasta station, char kuey teow, kambing golek, yong tou foo and banyak la kiranya. Nak tulis banyak-banyak, banyak sangat nak tulis..Hehehehe..

Oh by the way, kalau korang datang berbuka puasa kat sini nanti, korang berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah setiap hari termasuk voucher minum petang, diskaun bilik, penginapan hotel and banyak lagi la. Kenyang dapat, hadiah pun dapat. 

So, tunggu apa lagi. Baik korang book sekarang, dapat harga Early bird eh..

Tempat : The View Cafe, Best Western i-City, Shah Alam
Tarikh : 6 Mei - 3 Jun 2019
Harga : 
Early Bird (pembelian dari 13 Mac - 30 April)
Dewasa : RM99/Dewasa

Harga Biasa : 
RM119/ Dewasa
RM69 / Warga Emas, Kanak-Kanak

Beli 9 orang, percuma sorang



Nak book, korang boleh telefon 03 5521 9000 atau email enquiry@bestwestern-icity.my atau sales@bestwestern-icity.my  

2 ulasan:

shazillahsani.com berkata...

Nice place nice food nice environment.. Hihihi

Ai berkata...

Makan dengan view yang macam tu. memang terbaik!