Life Is A Drama..

Logo KBBA

18 Februari 2019

Diam Tak Semestinya Okay...

Ramai orang suka ambil kesempatan ke atas orang yang tak banyak cakap, yang jenis suka berdiam diri bila diri dikutuk, difitnah dan macam-macam lagi. Sama macam aku, aku lebih banyak berdiam atas benda yang aku rasa, lebih baik aku diam dari aku bercakap and make things become worst.


Kadang orang yang diam ni dia malas nak lawan balik sebab malas nak terukkan lagi keadaan. Diamnnya seseorang tu, ada sebabnya. Bukan sebab takut, bukan sebab malas tapi sebab semua tu hanya 'sampah'. And ada jugak yang diam sebab tahu, kalau defend diri sendiri pun, tapi pihak sana masih nak pertikaikan dan tak terima, so better i just keep my mouth shut. Right?


Cumanya, orang yang diam jangan diingat tiada 'dendamnya'. Sekali bersuara, orang yang selalu bersuara boleh jadi bisu. Sebab terlalu lama berdiam dan hanya menerima segala kepahitan, pasti tiba masanya untuk dia meluahkan segalanya. Just be careful with them. 

Tiada ulasan: