Life Is A Drama..

Logo KBBA

11 Februari 2019

Berbeza Tapi Ada Persamaan

Semalam masa aku buat kerja part time aku, dapat la sorang customer Cina ni. Mulanya macam krik-krik la untuk perjalanan 20 minit tu. Tapi masa dah separuh perjalanan, baru mula menyembang.


Topik tak lain tak bukan, pasal sambutan perayaan masing-masing. Rupanya sama ja suasana raya untuk Tahun Baru Cina and Hari Raya puasa. Sama-sama kongsi pengalaman masa bebudak dulu. Nasib la umur kami beza dua tahun je, so we are still in the same era and can talk at the same topic and same experience.


Aku ingatkan hari raya puasa ja yang dah tak semeriah dulu, rupanya sama jugak la untuk raya Cina pun. So setiap orang alami perkara yang sama untuk hari perayaan. Setakat nak imbau seronoknya raya masa dulu, boleh la. Tapi nak rasai meriah raya macam zaman budak-budak tu, memang susah dah.

Well, nak turun tu, sempat la aku wish Xinnian Kuaile and tak sangka, dapat angpau. Hahahaha.. Nilai tu takde la diharapkan sangat, tapi perkongsian tu yang bermakna... 

Tiada ulasan: