Life Is A Drama..

Logo KBBA

26 Januari 2019

Tips Ke Legoland, Johor

Dari tahun lepas lagi aku tengok ramai kawan-kawan aku ke themepark sana tu. Macam best je. Aku ni jarang la ke mana-mana theme park kecuali water theme park. Kalau jenis mainan-mainan ni, aku rasa ada la kot dua kali aku ke theme park yang kat KL tu. 

Iya la, kalau dulu, masa aku study, nak pergi theme park je kena ke KL or kalau ada duit sikit, kena pergi overseas tapi sekarang ni kita patut bersyukur sebab best theme parks in Malaysia pun semakin lama semakin banyak . So dah tak susah kumpul duit lama-lama, nak book flight ticket, nak buat passport bagai kalau nak ke theme park. Yang ada sekarang kos kita cuma tiket masuk theme park, duit minyak dan tol atau kapal terbang yang murah. Nak jimat lagi, pergi dengan kawan-kawan, buat carpool or naik bas sebab travel dalam Malaysia jer kan, senang. 

Paling penting, kita ada masa untuk spend quality time dengan family or kawan-kawan so thats why kita kena ikut jalan yang bijak, sebab kualiti theme park dalam Malaysia pun dah boleh fight luar negara. Silap-silap lagi best dari yang luar negara punya. 

Tapi ada satu theme park yang aku memang teringin sangat nak pergi, cuma tak sempat je la, ada ja benda yang buat plan aku tergendala. Theme park mana? Of course la Legoland. Dari kecik dok main Lego je, bila ada Legoland nk, of course la excited kan?

Legoland Malaysia ialah salah satu theme park. Legoland ni korang mesti tahu kan ada kat Johor. So dekat je geng, tak kisah la berapa jam janji dalam Malaysia. untuk pengetahuan korang, Legoland ni adalah first international Theme Park kat Malaysia and of course la jadi tumpuan ramai kan sebab secara tak langsung, Legoland jadi satu competitor untuk mana-mana themepark, berjiran dengan Singapore pulak tu. 

So kat sini aku nak sembang sikit la tips-tips kalau nak ke Legoland tu berdasarkan kajian aku. 

1. TIKET
Kat Legoland ni ada theme park dan wet park. So korang boleh beli tiket dengan tengok pakej diorang kat website. Ada yang sehari kat theme park or wet park. Harga pon agak sesuai la dengan brand name Lego tu sendiri so korang faham-faham je la kan. Untuk tiket ni yang paling penting kalau nak murah dan berbaloi korang beli awal-awal. Jangan beli last minit. Beli melalui online and payment pun through online kat website Legoland. Senang dan murah. And nanti takdelah nak kena tunggu kat cuaca yang panas kalau beli last minit. 

2. PENGINAPAN
Kalau korang tak ada member-member duduk dekat dengan Legoland atau ada rumah sedara mara yang dekat, korang book lah hotel awal-awal so korang leh dapat rate yang berbaloi. Better book awal. Kalau taknak mahal-mahal pergi time bukan musim sekolah. Tu kalau free dan nak senang la nanti. Kalau tak, korang plan awal-awal book awal-awal hotel. Buat perbandingan harga dulu tau. 

Kalau korang bawak kereta, nak pergi ke Legoland nanti better korang park kat Medini Mall, sebab kat dalam Mall tu korang boleh shortcut untuk ke Legoland. Cuma parkingnya ikut jam so faham-faham je la. Melainkan korang stay kat hotel Legoland, sebab hotel sediakan parking untuk korang. Cuma kalau tinggal di hotel Legoland tu kena spend la sikit sebab ye la dah dekat kan. Kalau malas pikir banyak-banyak duduk je kat hotel Legoland. Senang. 

3. MAKAN MINUM
Kalau sempat better korang breakfast kat luar dulu, makan banyak-banyak, just in case bajet korang ketat sebab kat dalam Theme Park harga makanan ikut rate theme park. Tapi kalau dah sehari dalam theme park stand by la bajet lebih sikit untuk lunch. Apa-apa pun kita nak hidup ni kena makan so makan je la. Bagi aku spend lebih untuk makanan takpe. Bukannya benda yang mengarut kan.Heheheh...
And guys make sure korang sediakan payung sebelum hujan. Literally payung tauu. Sebab takut kalau weather nanti nak hujan korang basah lak kat dalam unless korang masuk theme park. Bayangkan time tu hujan, pastu korang nak berteduh bawak anak-anak berteduh kat kedai merchandise and bayangkanlah berapa banyak lego dalam tu. Bocor poket woiii. Hahaha. So harap-harap nanti time korang pergi tak hujan sebab banyak benda kat dalam sana yang korang boleh try. 

Pesanan untuk ada anak bawah 4 tahun atau bawah 110cm, better takyah pergi. Tapi kalau dah lebih no problem. Sebab ada had umur dan tinggi untuk masuk ke certain tempat so rugi la nanti. Silap-silap kena duduk kat luar teman anak. Kan tak best dah bercuti camtu. 

4. RANCANG PERJALANAN

Sampai sana dalam pukul 10 pagi pun dah cun dah. Ialah sekarang ni kalau cuti je, masuk je highway nak ke selatan confirm jammed. Apatah lagi skang ni Johor dah maju macam KL dah so confirm sesak. 

Ok guys good luck dan jangan lupa tips yang aku share ni k. 
Note : kredit gambar pada Hafiz Rahim dan Google... 

5 ulasan:

noorhaidaz eyda berkata...

Dh lama teringin nak pergi Legoland ni.. bestnya

Nadia Johari berkata...

Dah pergi legoland.. Memang best.. Banyak permainan.. Memg bokeh rabak duit bila dtg sini.. Ahhaha

Salina Johari berkata...

Ingat nak gi jugak this year bawak anak²... Memang tak pernah miss bawak anak ke Legoland ..

Umminani berkata...

Un pun plan nak bawa anak pergi sana. Cuma blum ada masa. RasanyakN Annual pas lagi berbaloi kot

Ann Noura berkata...

Legoland memang best! One day insyaAllah nak pegi juga