Life Is A Drama..

Logo KBBA

21 Januari 2019

Siapa Disisi Kita

Google

Dua tiga minggu ni, memang aku kerap ke hospital, dari awal tahun, mak aku ke dimasukkan ke ward dan baru ni, mak mertua aku pulak. Biasa la, dah tua ni, macam-macam penyakit kan.


Bila aku ke hospital, benda yang aku selalu tengok pesakit-pesakit yang kat ward tu. Siapa yang datang temankan or melawat pesakit tu. Itu yang aku tengok. Sebab ada ja yang aku tengok, pesakit yang takda orang temankan or dia sorang je. Aku jadi kesian tengok. Iya la, kadang bila sorang-sorang je, tengok katil sebelah ada orang datang melawat, mesti ada rasa sedih jugak.


Kalau aku dalam keadaan macam tu, memang aku rasa sedih. Mungkin ada masa-masanya family dia datang, cuma masa aku ada tu, family dia tak ada. Entah la, aku tak boleh kalau tengok keadaan macam tu. Dah la tengah sakit, lepas tu sorang-sorang pulak tu. Kalau ward yang memang tak boleh orang tunggu, itu takpe la, aku pun faham. Tapi kalau masa waktu melawat pun tak ada orang datang ziarah, memang aku tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan tu. 

Tiada ulasan: