Life Is A Drama..

Logo KBBA

16 Januari 2019

Asal Mana? Area Mana Tu??

Standard bila kita mula nak kenal dengan orang baru, antara soalan yang wajib akan ditanya ialah asal dari mana? Kampung kat mana? Memang tu soalan wajib. Kalau masa study dulu, tu soalan wajib yang ko kena jawab. Sama la macam masa masuk kerja pun untuk staf baru.

Macam aku, bila ada yang tanya, kadang-kadang aku bagi jawapan betul, kadang aku bagi jawapan yang hampir betul sebab tak ramai yang tahu kampung aku tu. Hahaha... Kadang aku jawab je, aku ni dari Taiping or dari Parit Buntar walaupun untuk ke kampung aku, dalam 30 minit dari dua-dua tempat tu. Sebab, kalau aku jawab aku dari Alor Pongsu or Bagan Serai, tak ramai yang tahu. Tapi dorang tahu Taiping or Parit Buntar.


Kalau aku bagi jawapan jujur, aku kena explain yang Bagan Serai ni antara Taiping dan Parit Buntar. Tapi kalau aku cakap jawapan yang hampir tepat, dorang takkan banyak tanya dah sebab dorang tahu and pernah dengar tempat tu.


Macam sekarang pun, bila dorang tanya aku duduk mana, aku jawab duduk kat Shah Alam je. Kalau lebih spesifik, Kota Kemuning. Jarang aku sebut Seksyen 32. Sebab nanti orang akan tanya tu area mana. Itu pun ada yang tak tahu Kota Kemuning tu kat mana. So, jawapan selamat, aku cakap atas sikit dari uptown Shah Alam. Senang.. Hahaha...


Korang pernah ke alami macam yang aku hadap ni? Ke aku je yang hadap benda ni?

Tiada ulasan: