Life Is A Drama..

Logo KBBA

15 Januari 2019

Alam Natura, Khasiat Dari Alam Semulajadi

Jujur aku cakap, family aku ada yang menghidap tahap kolestrol yang agak tinggi dalam badan. Tiap kali ke klinik, ubat kolestrol antara yang wajib dapat. Dan buat masa ni, Alhamdulillah, tahap kolestrol aku pun di tahap yang ok lagi.


Tapi, sebagai langkah awal, bak kata orang, mencegah lagi baik dari merawat, aku cuba jugak la cari produk kesihatan yang betul-betul boleh dipercayai untuk kesihatan aku. Iya la, badan nak pakai lama bossku. Hehehe...

Aku diperkenalkan dengan produk Alam Natura dari Uncle Alam oleh kawan aku. Katanya, pengasas Alam Natura ni buat ramuan khas hasil dari pengalaman sendiri yang ada masalah jantung dan kolestrol. Uncle Alam ni dah amalkan Alam Natura yang dia buat sendiri dekat dua tahun dah lepas dia tengok abang dia yang ada masalah jantung.


Untuk pengetahuan korang, Alam Natura ni dibuat dengan alam semulajadi dan mengandungi halia, bawang putih, cuka epal, kurma, lemon dan madu asli.

Semua ni Uncle Alam ni buat sendiri tau. Tak main order kat luar then letak brand sendiri. Tu yang aku lagi yakin untuk cuba. 


Aku yakin korang pon tahu kan khasiat semua bahan-bahan tu. Jadi, bila semua bahan semulajadi ni digabungkan sekali dalam satu botol, insyaAllah, Alam Natura ni dapat membantu melawan kolestrol jahat, menstabilkan tekanan darah, menjadikan jantung lebih sihat dan paling penting dalam masa sama dapat bagi tenaga dekat kita.

Bila dah campur macam-macam ni sedap ke? First aku bukak botol dia, aku bau dulu dan bau Alam Natura ni, bau yang sedap. Bau yang korang dah biasa bau. Kalau rasa pulak, aku dapat rasa manis dari madu, pedas dari halia, masam dari lemon. Senang nak telan. Cara minum dia pun bukannya kena habiskan satu botol pun, tapi cukup satu sudu pagi, dan satu sudu malam. Senang je kan? 


Kalau korang nak try, korang boleh ke :

IG : uncle.alam

FB : Alam Natura

Tel : 013 329 3707

2 ulasan:

Nina Mirza berkata...

Salam Fir, sepupu kak. Nina ada bikin sendiri gak air ni. Dah pernah rasa, sedap gak... Boleh laaa kasitau dia, so pasni tak yah dah dia susah² bancuh masak air ni sendiri lagi...

Ai berkata...

Kebanyakan bahan dia yang tak boleh diterima tekak. Tapi itulah yang baik untuk kesihatan kan.