Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 Disember 2018

TeaPot Viral Di Hat Yai

Kalau korang cakap kat kawan-kawan korang yang korang nak ke Thailand, mesti ada yang nak kirim TeaPot ni. Viral teruk katanya kalau kat Malaysia. Memang orang Malaysia ni, benda-benda viral ni laju je. Hahahaha...

Macam aku ke Hat Yai dan mana-mana member aku yang tahu, ramai yang cakap TeaPot ni wajib beli kat 7-Eleven sana. Kiranya itu memang barang wajib beli kat sana. Puan Isteri pun kalau nampak 7-Eleven kat sana pun bukan main excitednya nak pergi sebab nak beli TeaPot Viral ni.

Tapi aku nak nasihatkan kat korang yang nak beli TeaPot viral tu and nak berjimat, korang pergi la kat Tesco Lotus kat Thailand tu. Murah sikit sebenarnya kalau nak compare dengan kat 7-Eleven. Puan Isteri bila dah dapat susu TeaPot ni, dah tak kisah pun bila nampak 7-Eleven. Kami pun dua kali ke Tesco Lotus sebab nak beli TeaPot ni... Hahaha... Tak pun member aku cakap nak lagi murah, boleh ke Big C Hypermarket.


Lagi satu yang murah dan famous yang Puan Isteri inform kat aku, adalah susu meiji. Yang perisa coffee paling sedap. Hehehe... Baik korang ke Tesco Lotus untuk beli sebab murah dalam 4 ke 5 baht berbanding 7-Eleven. 

Apa yang bestnya TeaPot ni sampai viral bagai. Hermm... Takde apa sangat pun. Cumanya dia letak dalam tube tu and ada flavor. Bukan brand TeaPot je, ada brand lain jugak. But of course, yang TeaPot tu la cepat habis. Senang nak makan dengan roti. Hahahaha... Kat Malaysia aku tak sure ada ke tak lagi... Puan Isteri cakap dah ada, cuma mahal la harga... 

1 ulasan:

Julia Johari berkata...

Cara letak dalam tiub tu memudahkan betul la nak bawa utk travel...selalu lihat dalam bentuk tin kan susah nak kena ubah masuk bekas lain...cara mcm ni lagi cantik. suka tgk.