Life Is A Drama..

Logo KBBA

01 Disember 2018

Tarikan Terbaru Di Taman Air Bukit Merah Laketown Resort

Lepas dua bulan setengah ditutup dari Disember lepas, hari ni Taman Air Bukit Merah Laketown Resort dibuka semula untuk orang ramai. Untuk pengetahuan korang, pembukaan kali ni memperkenalkan tiga tarikan baru iaitu Kembara Rimba Air, Race Slide dan Crazee Cone.

Sekali-sekali apa salahnya kan kalau korang drive jauh sikit ke utara tanah air. Takkan asyik nak kat kawasan bandar. Lagi pun, aku rasa Bukit Merah ni ja satu-satunya waterpark yang dikelilingi tasik semulajadi.


Lain dari tu, korang boleh bawa anak-anak korang ke, kawan-kawan korang ke Eco Park (which is mini zoo) dan Pulau Orang Utan. Tempat lain tak ada Pulau Orang Utan ni. Bab penginapan, jangan risau, korang boleh pilih nak duduk di Kampung Air atau pun Hotel Laketown. Homestay pun banyak kat area sini.

Lepas dah main air tu, apa lagi, korang boleh bergambar kat art street. Ada lukisan mural yang banyak kat sini. Hehehe... 
So kalau nak datang, korang boleh ke website Bukit Merah Laketown Resort untuk sebarang tempahan dan pertanyaan. 

1 ulasan:

Dura Norell berkata...

Wow! Best juga kalau bawa anak2 datang sini.