Life Is A Drama..

Logo KBBA

13 Disember 2018

Seminggu Perjalanan Pergi Balik

Kalau korang tengok IG dan FB aku dari minggu lepas, korang pun tahu kan aku ke mana. Memang berjalan saja seminggu ni. Dari Malaysia terus ke Hatyai dan balik semula.. Ngam seminggu. Hari Khamis 6 Disember jam 3.30 petang dah bertolak ke Hatyai, kemudian Khamis 13 Disember jam 4.00 petang dah sampai Shah Alam.

Tak pernah ooo aku berjalan dan bercuti seminggu macam ni. Kalau bercuti and duduk kat rumah tu, pernah la, itu pun masa kahwin hari tu. Kalau cuti dan berjalan macam baru ni, memang tak pernah. 


Khamis tu pun agak rushing. Habis kerja, aku terus balik rumah, rehat kejap dan terus gerak ke kampung. Nasib baik abah mertua aku yang drive dulu. Hehehe... Sampai kampung rehat sebab esok paginya lepas Subuh terua gerak ke Hatyai. Aku drive sampai ke sempadan je, masuk sempadan, abah mertua aku yang drive. 

Lepas tidur dua malam dekat Hatyai, keluar ikut Padang Besar dan tidur di Jitra sebab mak mertua aku kena dialisis. Dah book awal dah dekat centre sana. Kemudian tidur di Alor Setar satu malam sebab nak round Alor Setar, actually lebih pada makan je. 

Dari Alor Setar singgah kat kampung aku tidur lagi satu malam. Lepas tu singgah tidur kat Malim Nawar sebab nak servis dan repair kereta. Nasib settle awal, so pukul satu dah gerak balik Shah Alam.


Alhamdulillah semuanya dipermudahkan perjalanan kami semua... 

Tiada ulasan: