Life Is A Drama..

Logo KBBA

26 Disember 2018

Nak Cermin Mata Murah dan Berkualiti? Jumpa je William Kat Eye Pro Vision

Aku dah pakai cermin mata dari Form 2, kiranya dah 13 tahun la kiranya aku pakai spect ni. Dah bermacam jenis spect aku pakai, dari yang full frame, half frame, frameless semuanya aku dah pakai. Banyak jugak jenis kanta yang aku pakai termasuklah yang boleh bertukar hitam bila tengah panas. Harga? Paling murah RM80 dan paling mahal RM300.

Baru ni aku ke Sungei Wang Plaza masa Hari Krismas dengan Puan Isteri, abang ipar dan bakal biras aku. Saja la nak buang masa sebab takda aim nak beli apa pun. Bila meronda kat Sungei Wang Plaza tu, aku terperasan satu kedai cermin mata yang viral, Eye Pro Vision. Terus aku terpikir, apa yang menarik dia kedai cermin mata ni, macam sama je dengan kedai-kedai lain. Laju je aku ajak Puan Isteri masuk ke kedai ni. Elok je masuk, terus sorang Chinese Guy yang muka ala Yoo Jae Suk approach.


Before that, dia kenalkan nama dia, William. Mamat ni punya la semangat dok explain tentang promosi yang dorang buat sekarang ni which is cuma RM65 untuk Bingkai + Lens Multi Coated. Siap dalam masa satu jam. Cepat gila.


Tapi bingkai tu mesti korang rasa yang biasa-biasa je kan, mesti yang senang patah or what so ever. Korang silap macam aku kalau korang fikir macam aku. Sebabnya bingkai yang William offer ni yang jenis mudah lentur and lasak. So dengan RM65 korang akan dapat frame yang mudah lentur dan multi coated lens ikut tahap rabun korang.

Lepas dia explain tu, aku macam okay lagi la sebab biasa je, tiba-tiba jadi luar biasa bila si William explain tentang lens terbaru yang kedai dia promotkan Alpha 420. Aik, ada pulak ke jenis-jenis lens ni, selama ni aku main sebat je jenis lens ni. Yang aku tau, lens biasa and lense transition ke hitam bila tengah panas tu. Itu je la. 

Okay, aku cerita sikit pasal lens Alpha 420 ni. Alpha 420 ni direka khas untuk kita yang selalu menghadap laptop, komputer, handphone 24 jam. Kiranya termasuk yang dah bekerja atau yang masih belajar sebabnya kanta jenis ni 100% block sinar biru and ultra ungu (UV420).



Selain tu, Alpha 420 ni jugak berguna untuk dorang yang ada silau masa drive waktu malam tambah lagi bila kena kereta yang jenis lampu LED.Kan memang terus jadi silau. Macam aku pun kebelakangan ni malam aku dah tak boleh nak laju sangat sebab silau aku teruk sikit tambah bila jumpa yang lampu LED tu or orang bagi 'high-beam'. Memang menyumpah driver tu aku bagi. Hahahaha...



Tapi dengan Alpha 420, korang tak payah nak risau lagi masalah-masalah tu semua sebab Alpha 420 ni, insha-Allah dapat bantu korang settlekan masalah tu semua. 


Baca explaination macam mahal je kalau nak pakai lens jenis tu. Jangan risau la, murah je sebab sekarang ni dorang tengah buat promosi, cuma RM60 je. siap dengan waranti 1 tahun. Lupa aku nak gitahu, Alpha 420 ni tahan lasak tau, tak mudah pecah and tak mudah calar.


Kalau korang nak buat cermin mata baru dekat sini dengan Alpha 420, korang cuma bayar RM125 je tau. Still murah sebab korang ambil frame yang RM65 + RM60 (Alpha 420) = RM125.00 SAHAJA!!!

Terus aku dan Puan Isteri cari bingkai yang bermacam jenis dekat sini. Rambang mata weh nak pilih sebab banyak sangat pilihan. Korang nak yang petak, bulat, bersegi-segi semua ada. Mulanya aku je nak buat, lepas tengok Alpha 420 tu, Puan Isteri pun sibuk nak buat sekali sebab dia tunjuk dekat William cermin mata yang dia buat sebelum ni, harga dalam RM1,000 tapi lens biasa (katanya masa buat, kedai tu bagi lens blue coated, tapi takda). Aku pun buatkan la sekali untuk Puan Isteri.

Lepas dah check mata dan pilih frame, kami meronda dalam Sungei Wang Plaza tu. Agak-agak sejam meronda, kami patah balik ke kedai tu, dah siap. Aku bayar dan terus pakai spect baru. Woahhh...lain sikit rasa bila pakai tambah lagi bila drive waktu malam. Tak payah risau dah bab silau-silau ni.

Kalau korang tak percaya dengan apa yang aku cakap ni, korang boleh pergi tengok sendiri kat Eye Pro Vision :


Kedai : Eye Pro Vision,
Ground Floor (G111),
Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, KL
(Tips : Dari level bawah, naik eskalator ke Ground Floor, pandang kiri terus nampak kedai)

Waktu Operasi : 10 pagi - 9 malam

3 ulasan:

Nadia Johari berkata...

terbaik layanan dia..harga pun murah..bgus lens alpha ni

mas saari berkata...

Memang berkualiti buat spek kat sini, harga pun murah dan berbaloi sangat!

Ai berkata...

Murah dan banyak pilihan.