Life Is A Drama..

Logo KBBA

18 Disember 2018

Kempen Zakat Online@ FPX Oleh Zakat Selangor

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"

(Surah at-Taubah, Ayat: 103)

Sebagai umat Islam, menunaikan zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam. Zakat ni pulak terbahagi kepada beberapa macam zakat fitrah, zakat harta, zakat emas dan perak dan beberapa zakat lain dan perlu dibayar apabila cukup haulnya.


Kalau nak dibandingkan dengan dulu, mungkin agak susah la bagi kita untuk menunaikan zakat sebab nak kena cari amil zakat, nak kena isi borang itu ini, nak kena ke bank semua. Semuanya rasa tak sempat dan buatkan kita tertangguh untuk membayar zakat. 

Tapi Alhamdulillah, sekarang ni, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dah ambil inisiatif untuk memudahkan mereka yang ingin membayar zakat dengan memperkenalkan Kempen Bayar Zakat Online@FPX. 


Tapi FPX ni apa? FPX ni merupakan satu kaedah pembayaran secara online yang diuruskan oleh Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS). FPX ini merupakan satu platform transaksi kewangan secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment). 

Senang kata, FPX ni boleh diumpamakan seperti gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran secara online bagi bank-bank yang berbeza. 


So, sekarang ni memang tak jadi masalah untuk kita nak tunaikan tanggungjawab kita untuk bayar zakat. Semuanya dekat hujung jari je. Dengan pelbagai pilihan bank yang ada, korang jangan risau untuk menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam.

Untuk pengetahuan korang, sekarang ni LZS tengah menjalankan Kempen Zakat Online@FPX yang dah bermula dari 15 November lepas sampai 31 Disember ni. Kalau ada rezeki korang, korang akan berpeluang untuk memenangi sebuah telefon bimbit bernilai RM1,500, sebuah tablet bernilai RM1,000 atau kad Touch N Go bernilai RM100.


Untuk makluman lanjut, korang boleh ke www.zakatselangor.com.my/ezakatpay.

5 ulasan:

YB Shehan berkata...

wah,, siap ada contest. bgs gak nih..

Cerita Huda berkata...

Bagus kempen ni, sambil tunaikan zakat , mana tahu apa rezeki menang hadiah best

Nadia Johari berkata...

senang siap ada online ye..memng mudah sekrg nak bayar zakat ni ye

Radhia Razali berkata...

waaa..LZS ada anjurkan contest..nak try joinlah..kot ada rezeki menang

Aisya Ismail berkata...

Bagus kempen kesedaran macam ni.