Life Is A Drama..

Logo KBBA

14 Disember 2018

Dah Pasang RFID

Sebelum ni aku dok tengok je tiga empat orang member-member blogger di Facebook aku pasang RFID. Mulanya aku ingatkan dorang ni buat review.. Hahaha.. Sebab tak tahu pun benda ni boleh apply je secara atas talian.


Sebelum ke Hat Yai hari tu, Puan Isteri bagitahu yang dia dah applykan untuk kereta kami pasang RFID. Aku pun tak tahu bila masanya dia apply, sebabnya tiba-tiva Puan Isteri suruh aku pilih masa untuk pergi pasang RFID dan tempat lepas balik dari Hat Yai. So, aku pun pilih la dekat TS Tyre Autocare, Bandar Botanic, Klang. Rupanya dekat area GM Klang je pun.

Disebabkan Puan Isteri yang apply, tapi kereta atas nama aku, jadi terpaksa ada satu surat yang Puan Isteri bagi untuk aku isi sebagai izin untuk pasangkan RFID ni. Kejap sangat pasangnya pun. Tak sampai dua minit termasuk dia test.


RFID ni apa? RFID adalah singkatan untuk Radio Frequency Identification (RFID).

Sistem RFID yang bakal diaplikasi ini adalah lebih cekap dan lebih canggih daripada menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG untuk membayar di plaza tol.

Dengan sistem ini juga, pengguna jalan raya hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahan atau berhenti sepenuhnya. Sensor di plaza tol akan mengesan tag dan debit secara automatik.

Tiada ulasan: