Life Is A Drama..

Logo KBBA

17 Disember 2018

Boom Forest Resort, Hat Yai

Masih tak habis lagi ni pasal Hat Yai. Tapi kalau aku nak tulis pasal trip dan itinerari kat Hat Yai, aku rasa dah banyak sangat dah orang tulis. Semuanya tempat yang sama je. Hehehe... Tapi nanti aku tulis jugak la tempat mana aku pergi. Untuk kali ni, aku nak cerita pasal penginapan kami dekat sana selama tiga hari dua malam, Boom Forest Resort, Hat Yai.

Mulanya kami nak menginap di hotel lain, tapi disebabkan dah penuh, Puan Isteri book hotel ni. Murah bila book melalui apps, cuma RM80 untuk satu malam kalau tak silap aku. Bilik memang puas hati, besar, bersih dan selesa gila. Siap ada mini fridge lagi.

Kedudukan Boom Forest Resort ni tak jauh dari jalan besar. Cuma resort ni tak terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai. Jarak dari resort ke bandar Hat Yai sekitar 8 kilometer tapi ambil masa dalam 20 minit. Sebabnya banyak trafic light. Jarak nak ke Khlong Hae Floating  Market dan Khlong Hae Halal Seafood dalam 2 kilometer.

Apa yang aku suka tentang resort ni, korang boleh park kereta sebelah bilik korang. So tak ada la susah-susah nak angkat beg jauh-jauh. Satu bilik, satu parking sebelah pintu korang. View pun cantik dan bagi ya g suka bergambar, memang banyak spot menarik untuk korang bergambar. Tenang je kat sini.

So, kalau ada yang bercadang nak ke Hat Yai, korang boleh survey la untuk menginap kat sini, confirm puas hati.
 

2 ulasan:

Permatabiru berkata...

cantik tempat tuu

Radhia Razali berkata...

cantiknya interior and exterior design and deco resort ni.sangat mendamaikan jiwa kalau bercuti di resort ni