Life Is A Drama..

Logo KBBA

09 Disember 2018

Best Makan Di Hat Yai

Kalau sebut Hat Yai, apa yang korang fikir.. Macam aku, sebab first time aku pergi, so tak ada yang best pun dekat Hat Yai, kecuali makan... Bagi yang suka makanan Thai, korang confirm rasa heaven gila kalau ke Hat Yai. Nak kata banyak tempat menarik, tak ada sangat pun and aku rasa, untuk kita orang Malaysia, memang kita lebih pada makanan je kalau ke Thailand, tak kira la ke mana korang pergi pun kan.

Memandangkan kami masuk ikut Bukit Kayu Hitam dan sangkut dekat dua jam untuk bawa masuk kereta, lepas selesai tu kami makan di Dannok dulu. Dekat Dannok memang dah rasa sedap dah tomyam, bihun sup, paprik dan daging merah. Aku dah membayangkan dah yang lain-lain di Hat Yai nanti.


Sampai je Hat Yai, lepas check-in kami ke Floating Market. Kat sini takde beli apa sangat pun sebab orang ramai. Malas nak beratur. Ada la beli satu dua jenis makanan. Malam pun kami cari kedai biasa je dulu untuk makan.

Esoknya baru cari kedai makan betul-betul. Itu pun more pada street food je. Lagi sedap aku rasa. Baik dari Pulut Ayam, Kai Thod, Pulut Mangga, Aiskrim kelapa dan apa lagi entah Puan Isteri beli. Aku ikutkan je dan makan. Pokoknya memang puas la makan kalau ke Hat Yai.

Lepas tu ada satu kedai seafood di Khlong Hae Seafood yang memang dah viral kat Malaysia. Bayar RM37 je sorang dan korang boleh makan udang galah, ikan siakap ke, ikan merah ke puas-puas. Dia ala-ala steamboat and grill. Cuma lain sikit la dengan steamboat cara kita.

Apa pun, memang kalau ke Hat Yai memang aku akan fokus pada makan-makan je. Tempat nak melancong tu aku rasa tak ada apa sangat... 

Tiada ulasan: