Life Is A Drama..

Logo KBBA

04 Disember 2018

Ayam Gepuk Pak Gembus TTDI

Aku ni jenis hantu pedas. Kalau tak ada rasa pedas tu walaupun sikit, kurang la selera nak makan tu. Nak tak nak kena ada jugak pedas tu tak kisah la cili ke, sambal-sambal ke. Kena ada la... Puan Isteri pun dah tahu aku ni memang jenis hantu pedas.


Baru ni aku try Ayam Gepuk Pak Gembus di TTDI. Pernah viral di Facebook sebulan lepas kalau tak silap. Budak office aku pun dok selalu ajak untuk makan kat sana, tapi sebab sibuk, memang tak sempat la. Hari tu dorang nak pergi tapau, tak jadi sebab orang ramai sangat. So tak jadi. Kebetulan minggu lepas aku keluar ambil barang dengan member aku, terus la order sebab kedai baru bukak, tapi mak aiii, ramai dah orang beratur.

Bagi aku, servis dia agak lambat la.. Terutama yang ambil order. Aku order dalam 12.30 then sempat ke Sri Hartamas ambil barang, then patah balik ke kedai pun, masih tak siap lagi. Pukul 1.30 baru siap order aku. Nak kata diorang bagi order orang lain dulu, tak jugak sebab orang sebelum aku pun baru dapat masa kami sampai tu. Takpe la, itu dorang kena improve la. 


Cakap pasal sambal tu... Ada tiga tahap macam bawah ni. Dan untuk orang yang pertama kali makan, aku terus order tahap dua. Member aku yang lain banyak order yang tahap satu sebab soeang memang tak makan pedas. Hehehe...


Okay, dari pemerhatian aku la, rasa pedas tu di ejas dengan kuah kacang (aku rasa la). Kalau tahap satu, kuah kacang tu dia letak banyak, tahap dua dorang kurangkan kuah kacang tu and mungkin tahap tiga, dorang tak letak kuah kacang tu.


So bagi aku, tahap dua tu aku masih boleh terima, still aku boleh tahan. Nak kata pedas tu, memang dah rasa. Kalau tahap satu tu, aku rasa memang aku tak boleh terima la kot sebab tahap dua baru aku rasa pedas. Tapi member aku dah berpeluh dah makan, so ikut korang la.. Kalau korang memang makan pedas, aku cadangkan terus ambik tahap dua la... Hahahaha...

Oh by the way, kalau korang tertanya-tanya Ayam Gepuk Pak Gembus ni apa, sebenarnya dia macam ayam penyet je. Eih, memang ayam penyet pun. Cuma sambal dia la dibuat fresh. Tu je.

Ada beberapa set which is setiap set ada tambahan barang dalam tu. Simple, tapi sedap bagi siapa yang hantu pedas. 

1 ulasan:

ina berkata...

menyelerakan betul menunya.Tapi jangan makan tetiap hari.Buasir namtinya.. Scary betul bila ada tahap kepedasan disitu. Ai awal2 memang surrender lah..