Life Is A Drama..

Logo KBBA

17 Disember 2018

6 Tempat Wajib Pergi Jika Ke Hat Yai

Kalau nak cerita tentang itinerary ke Hat Yai, korang mesti dah jumpa banyak sangat kan dekat Facebook. Tak kira la sama ada yang pergi naik bas ke, train ke, kereta ke... Semuanya mesti cerita itinerary dorang dan bajet. So, aku malas nak cerita yang tu sebab kebanyakkannya macam sama je.


Kali ni, aku nak bagitahu lokasi-lokasi wajib kalau korang nak ke Hat Yai. Kiranya macam tak lengkap la kalau korang ke Hat Yai, tapi tak ke tempat-tempat ni.


1. Khlong Hae Floating Market

Port wajib kalau ke sini. Apa la gunanya kalau ke Hat Yai kalau tak ke pasar terapung ni. Tak lengkap rasanya trip korang kalau tak ke sini.

Kat sini, ada dua bahagian yang jual makanan. Yang dijual dari dalam sampan, dan kawasan kedai-kedai kat bahagian atas. Makanan yang dijual kebanyakkannya sama. Tapi paling ramai kat kawasan sampan tu la. Sebabnya unik dan nampak happening la. 

Sambil membeli, korang boleh layan muzik dari buskers.


2. Samila Beach

Terletak lebih kurang 35 kilometer dari Hat Yai, kat sini korang boleh berehat tepi pantai sambil minum-minum. Nak mandi laut, aku rasa tak boleh sebab ombak besar dan pantai yang tak sesuai. Tapi Samila Beach ni memang jadi tumpuan kalau korang ke Hat Yai. Sebab apa?

Sebab kat sini la ada patung duyung tu. Hehehehe... Wajib kalau datang sini mesti bergambar kat dengan patung tu. Hehehe... Nasihat aku, kalau nak bergambar dengan tenang dekat patung tu, datang sebelah pagi. Sebabnya orang tak ramai.


3. Kim Yong Market

Sebelum balik, korang mesti nak beli souvenir sikit kan untuk sedara dan kawan-kawan. So korang boleh datang ke Kim Yong Market yang terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai. Dari makanan jenis kacang-kacang, buah-buahan sampai ke baju korang boleh cari dekat sini. Kat sini pun aku rasa korang boleh habiskan banyak duit. Hehehe... Nak cari makan pun banyak kat area sini.

Korang jugak boleh ke area Lee Garden Plaza, dalam 500 meter dari Kim Yong Market tu. Dalam perjalanan tu dah banyak kedai-kedai souvenir untuk korang usharr... Street food pun banyak kat area sini and insha Allah, halal...


4. Asean Night Bazaar

Kalau duit masih banyak untuk dihabiskan, aku cadangkan korang ke Asean Night Bazaar. Well, sama je macam uptown kita dekat Malaysia ni, tapi ni memang besar gila dan harga pun murah. Pakaian pun memang banyak la nak cari dekat sini. Tapi macam biasa, lebih baik korang survey satu dua kedai dulu sebelum beli. 

Nak cari souvenir dekat sini pun ada jugak. Harga korang boleh tawar menawar lagi. Jangan risau pasal bahasa sebab, korang guna basic english pun dorang masih faham. And kalau korang bernasib baik, dapat la yang pandai berbahasa Melayu. Hahahaha... 

Oh, kat sini pun ada tempat untuk makan-makan. Cuma tempat dia kecik je la and orang ramai. Terpaksa berasak-asak sikit. 

5. Masjid Besar Songkhla / Songkhla Central Mosque

Aku rasa bagi orang luar, mungkin akan panggil masjid ni masjid Taj Mahal sebab design dia lebih kurang macam Taj Mahal di India. Tapi kalau di India, Taj Mahal adalah tanda cinta seorang suami ke pada isterinya, tapi di Songkhla, ia adalah tanda cinta umat Islam kepada Allah SWT. 

Cantik masjid ni dari dalam dan luar dan korang boleh nampak masjid ni dari jalan utama. Memang ramai yang singgah di masjid ni. 

BONUS

6. Khlong Hae Halal Seafood

Apa ertinya kalau korang ke Hat Yai tapi tak makan makanan Thai. Bukannya ala Thai tau, tapi ni Thai betul-betul. Haaaa... Tambah lagi dengan seafood dia memang umphh la kan. So aku cadangkan korang ke Khlong Hae Halal Seafood. Katanya kedai ni memang dah viral termasuk kat Malaysia.

Hanya dengan kurang THB287, korang boleh makan sepuasnya steamboat dekat sini termasuklah udang galah. Ambik la sebanyak mana pun, berapa kali pun, jangan risau, takde cas tambahan. Makanan lain macam somtam, aneka kerabu, pencuci mulut memang semuanya sedap.

Tapi yang paling sedap, ikan garam. Ikan bakar yang dah dilumur dengan garam. Bukannya kecik tau ikan dia... Ikan siakap tu potong dua, and ikan merah tu sekor.. Nak ambik banyak ekor pun boleh. Janji habis la... 

1 ulasan:

Radhia Razali berkata...

tak pernah sampai lagi..macam seronok bercuti di situ