Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 November 2018

Terima Kasih MASTIKA, Selamat Tinggal!

Siapa yang tak pernah baca Mastika? Tipu la kan kalau korang tak pernah baca langsung walaupun sekali. Kalau betul-betul tak pernah pun, mesti korang tahu kan Mastika ni majalah tentang apa?

Aku dah baca Mastika ni dari sekolah rendah rasanya. Aku tak tahu siapa yang beli. Selain Mastika, ada satu lagi majalah lain yang seakan-akan Mastika. Aku tak ingat majalah tu. Masa tu Mastika ni banyak tentang cerita-cerita seram dan mistik. Memang Mastika ni dikenali sebagai majalah yang penuh cerita seram dan mistik. Sejak dari tu, aku sentiasa follow je majalah Mastika ni.


Lepas tu, lama kelamaan majalah Mastika ni dah berubah isi kandungan. Daripada banyak cerita seram, akhirnya berubah kepada mengupas isu-isu sosial dan kemasyarakatan. Tapi, cerita-cerita mistik dan seram masih ada sebab tu identiti Mastika. Lepas tu kisah-kisah Islamik sikit macam cerita-cerita dari Tanah Suci dan sejarah-sejarah Islam. 

Sebenarnya banyak lagi, ni je jumpa

Bila dah mengupas isu-isu sosial dan masyarakat, aku lagi jatuh cinta dengan Mastika. Memang tiap-tiap bulan aku tunggu keluaran terbaru. Kadang kat kampung aku, lambat sampai keluaran yang terbaru, so terpaksa la tunggu. Memang aku simpan buat koleksi.


Bila dah besar dan ada di KL, kalau aku ke Pesta Buku Antarabangsa KL dekat PWTC, booth yang aku serang dulu adalah booth Utusan Karya. Dari Mastika, aku dah mula beli buku-buku koleksi macam Pemandu Van Jenazah, Iktibar Dari Tanah Suci and yang lain.

Kalau nak tanya siapa pengarang atau penulis Mastika yang aku minat? Aku tak tahu siapa yang aku minat sebab aku baca dari muka depan sampai muka belakang majalah Mastika tu. Sebab semua yang ditulis tu sampai ke aku. So, semua penulis aku suka. 


Korang percaya tak kalau aku cakap impian aku adalah nak bekerja di Utusan Karya, terutamanya dengan team Mastika? Memang tu impian aku dari dulu.

Tapi apakan daya, selepas 77 tahun, majalah favorite aku ni akan tamatkan penerbitan dengan edisi November. Sedih, terkejut memang ada sebab ni majalah kegemaran aku dari aku sekolah rendah. Aku tak pernah follow majalah lain selain dari Mastika sampaikan aku ada koleksi. Kadang-kadang mak aku pun marahkan aku sebab dah penuh buku dalam bilik aku. Hahahaha...


Apa pun, terima kasih Mastika di atas perkongsian cerita dan kisah-kisah menarik untuk aku selama ni. Koleksi yang aku ada, aku takkan jual atau buang. Terima kasih untuk segalanya. Semoga bertemu lagi... 

Tiada ulasan: