Life Is A Drama..

Logo KBBA

06 November 2018

Rambut Menawan Dengan LAB11

Korang pernah dengar pasal shampoo dan soft mask dari LAB11? Tak pernah? Sama la dengan aku pun. Tak pernah dengar tentang LAB11 ni. Aku ada dapat produk dari LAB11 ni masa aku ke majlis pelancaran di Jalan Ipoh, baru-baru ni.


Bila dah dapat, apa lagi, aku terus cuba. Dalam tempoh seminggu ni, aku dapat rasa perbezaan dekat rambut aku ni dan Puan Isteri pun perasan. Hehehe... 

Okay, first sekali yang aku suka tentang Full Lift Shampoo ni, bau dia yang memang sedap. Ada bau limau sikit dan ada wangian lain. Gunakan sikit pun aku rasa dah cukup untuk rambut aku. Kalau perempuan mungkin banyak sikit la kot sebab rambut panjang kan. Heheehhe... Tapi yang penting bau dia tu aku suka, bau nature gitu kalau nak dibandingkan dengan bau-bau shampoo rambut yang lain.

Lepas dah pakai Full Lift Shampoo ni, untuk cantikkan lagi rambut korang, korang kena gunakan Soft Mask dari LAB11 ni untuk lengkapkan penggunaan. Kiranya tak memadai la kalau setakat guna shampoo. Kena ada pelengkap. Bila korang pakai Soft Mask ni, korang kena biarkan dulu dalam 3 minit, baru bilas dengan air. 
Tapi serius aku cakap, lepas korang pakai ni, korang akan rasa rambut korang lagi lembut dan wangi. Puan Isteri pun suka dengan bau rambut aku sekarang. Hahahaha... 

Sebelum

Selepas

 By the way, walaupun baru seminggu aku pakai LAB11 ni, tapi memang aku dapat rasa kesan dia. Rambut aku kurang berminyak (sebelum ni, aku dapat rasa rambut aku still berminyak walaupun lepas mandi), kelemumur aku dah berkurang banyak (diakui oleh Puan Isteri) dan dah kurang rambut gugur. Banyak lagi sebenarnya kesan kalau guna Full Lift Shampoo dan Soft Mask dari LAB11 ni. Serius...
Untuk pengetahuan korang, dua produk dari LAB11 ni dibuat dari ekstrak semulajadi, essential oil dan 11 jenis amino acid. Selain dari tu, tiada pewarna tiruan dan tiada bahan kimia. Memang dari bahan semulajadi la kiranya.

So, kalau korang nak dapatkan maklumat lagi tentang LAB11 ni, korang boleh ke :
IG : LAB11
FB : LAB11
WEBSITE : LAB11

8 ulasan:

Salina Johari berkata...

menarik gak shampoo ni fir .. kandungan dia buat kita tak takut nak guna dan kesan pun boleh nampak

mas saari berkata...

First time dengar, bagus ek syampu dia. Tengah cari syampu utk rambut gugur ni.

azzureen ali berkata...

Menarik. Memang tgh ada masalah rambut gugur sekarang, boleh cuba nanti.

Cerita Huda berkata...

Bagus yer shampoo ada essential oil. Makin smart la fir, rambut dah wangi mesti bertambah keyakinan tu

Hafiz Rahim berkata...

Macam menarik je untuk dicuba ni

Dura Norell berkata...

Menarik ni! Sebab den pun jenis rambut berminyak dan ada kelemumur..

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata...

Boleh recommend kat cik abang ni..

Nadia Johari berkata...

pergh macam best jeshampoo dia..boleh rekemen dekat suami