Life Is A Drama..

Logo KBBA

12 November 2018

Rabun Semakin Teruk

Jadi orang yang bercermin mata ni, memang susah sikit. Kalau tak pakai cermin mata, mula la jadi sepet dan orang ingat sombong, sedangkan tak cam orang sebab semuanya nampak kelabu ja.

Untuk pengetahun korang, aku dah pakai cermin mata dari Form 1, kiranya dah dekat 15 tahun dah aku tak berpisah dari cermin mata. Masa awal-awal pakai dulu, aku pernah la kejap pakai, kejap tak. Sebabnya orang cakap kalau selalu pakai, mata akan jadi lagi teruk. Tapi bila kejap pakai kejap tak, aku rasa macam lagi teruk pulak mata aku. Hahahahah...


Baru ni aku pergi check mata aku sebab aku rasa macam makin teruk, tambah lagi bila drive waktu malam. Sebelum ni rabun aku ja macam teruk sikit, silau tak teruk, tapi bila check, rupanya silau aku dah naik. Naik banyak pulak tu, patut la bila drive malam, aku dah tak selesa. 

Yang bertulis pen tu, power cermin mata yang aku pakai sekarang. Memang naik banyak jugak la silau aku. Power untuk mata sebelah kiri pun naik jugak. Tak tahu apa punca. Hahahaha... 


So, nak tak nak, macam nak kena buat cermin mata baru sebab silau aku dah teruk. Kalau power tu, aku tak kisah sangat. Tapi silau ni, macam susah sikit la untuk aku drive, tambah lagi waktu malam.


Ke korang ada tips macam mana nak kurangkan tahap rabun aku ni? Kadang rimas jugak pakai cermin mata? Ke ada yang nak sponsor cermin mata baru untuk aku?? Hahaha... 

Tiada ulasan: