Life Is A Drama..

Logo KBBA

22 November 2018

Polis Evo 2 Hina Islam? Baca ni..



Aku baru tengok filem Polis Evo 2 malam tadi. Memang dari awal filem ni aku nak tengok, cuma tak ada la nak tengok awal. Memandangkan Puan Isteri dah book tiket awal, maka kami berempat pun pergi la tengok dekat Shah Alam. Mulanya masa Puan Isteri book tiket, banyak lagi seat kosong, so aku ingatkan memang orang boikot la, tapi bila movie dah start, penuh weh hall tu. 

Well, sebelum ditayangkan, ada sesetengah pihak kata, filem ni menghina dan mencemarkan Islam sebab menggambarkan Islam sebagai agama yang ganas. Atau dalam erti lain, memberi makna yang salah tentang Islam. 
Tapi lepas aku tengok malam tadi, tak ada pun mencemarkan imej Islam seperti yang dikatakan sebelum ni kalau kau tengok dengan fikiran yang terbuka. Kecuali kalau kau memang dah pasakkan dalam otak kau, filem ni memang mencemarkan imej Islam. Tengok dulu, then baru kau buat penilaian sendiri. Sebab dalam keadaan dunia sekarang, tak mustahil ada ekstremis-ekstremis agama yang menggunakan Islam untuk melindungi sisi gelap dorang. 

One more thing, jangan bandingkan Polis Evo 2 dengan PASKAL. Memang kedua filem ni bercorak aksi. Tapi bagi aku, PASKAL lebih pada taktikal yang ditunjukkan dan aksi, tapi Polis Evo 2 lebih pada aksi. Korang tengok dulu then baru korang faham apa yang aku nak sampaikan. 

By the way, aku bagi 9.5/10 untuk Polis Evo 2.


Tiada ulasan: