Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 November 2018

Orang Berbudi Kita Berbahasa Walaupun....

Orang berbudi kita berbahasa. Peribahasa yang selalu kita dengar. Memang budaya Melayu ni penuh dengan makna tersendiri. Walaupun orang yang berbudi tu pernah buat sesuatu yang buat kita berkecil hati, tetapi kalau dia dah berbuat baik dengan kita, apa salahnya kita berbahasa sikit sekadar untuk seketika.


Mungkin sukar, tapi tak salah untuk kita bermanis muka sekejap. Bukan untuk jadi fake, sekadar orang cakap tanda kita hargai seseorang tu. 

Tak kisahlah sama ada kau masih terasa hati atau tak dengan apa yang dia dah lakukan dekat kau sebelum tu, tapi kalau dia dah tolong kita untuk selesaikan sesuatu tu, apa salahnya kita berterima kasih. Mana tau kalau dengan terima kasih tu dia boleh berlembut hati untuk hari seterusnya. 


Hidup ni macam roda. Kita tak tahu apa lagi yang akan jadi. Mungkin ada masanya kita jugak yang akan menolong orang yang pernah sakitkan hati kita. Dengan pertolongan tu mungkin dapat jernihkan balik suasana.

Tiada ulasan: