Life Is A Drama..

Logo KBBA

26 November 2018

Nasib Lepas Interview

Bagus jugak bila ada 'Memories' dekat Facebook ni. Senang nak imbau balik apa yang jadi tahun-tahun lepas. Senyum balik bila tengok benda yang boleh buat kita tersenyum. Tapk ada jugak yang buat kita sedih and ada yang boleh buat kita rasa 'eih bodohnya aku'... Hahahaha


Macam semalam, memori dekat Facebook ingatkan aku tentang satu 'interview' aku tahun lepas. Gila kau, sehari dua kali aku kena 'interview'. Hahaaha... Nasib baik la lepas dan Alhamdulillah, lepas tu dipermudahkan semuanya.

Interview apa? Interview dengan bakal mertua (masa tu) tengah hari, dan petang tu dengan pak sedara Puan Isteri. Siap dapat pujian katanya aku ni 'gentle' and berani la datang jumpa minta izin nak berkawan dengan Puan Isteri. Dah la masa tu baru seminggu kenal. Hahahaha...

Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. Walaupun kejap perkenalan kami, kalau dah tertulis jodoh tu, memang berjodoh jugak la kan.


Korang dah baca belum kisah aku dengan Puan Isteri? Klik sini kalau nak tahu berapa lama kami kenal sebelum bertunang dan berkahwin. 

Tiada ulasan: