Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 November 2018

Dulu Lain, Sekarang Lain

Dua tiga hari ni kecoh jugak pasal ICERD, video burukkan Malaysia and banyak lagi la. Sampai tak tahu nak cakap. Semuanya isu-isu besar berkaitan negara kita.

Sejak dah berubah kerajaan ni, aku rasa ramai yang seronok waktu mula-mula berubahnya kerajaan lepas PRU hari tu. Semua kepincangan kerajaan lama dibocorkan satu persatu. Aku setuju pasal tu. Untuk ditunjukkan pada rakyat tentang apa kerosakan yang dah dibuat oleh kerajaan lama.


Tapi, seminggu dua ni bila kecoh pasal ICERD, video lama oleh seorang menteri ni dan beberapa isu lain, aku tengok orang yang bersorak di awal dulu banyak yang diam. Kenapa? Dan ada jugak aku baca komen, menyesal pulak ubah kerajaan. Aku no comments on that. Everyone have their own opinion.


Cumanya, bagi aku yang tak berapa tahu sangat pasal politik dan sayangkan negara, ada sesetengah perkara kita perlu bangkit dan sedar demi kepentingan negara. Yes, ubah kerajaan hari tu memang ada yang baiknya, tapi bila ada sesetengah pihak dari kerajaan baru ni cuba mainkan isu sensitif, jangan senang-senang sokong secara melulu. Kaji dulu setiap statement yang dikeluarkan.


Ada setengah orang yang aku tengok, isu yang tak berapa penting (bagi aku) berbalah bagai, tapi bila isu macam ICERD dan cubaan burukkan negara, diam pulak.


Mungkin ada yang kata tu semua agenda cybertroopers pembangkang untuk burukkan kerajaan. Well sekarang rasakan apa yang dirasakan oleh orang lama. Its not easy to rules the country dengan rakyat yang pelbagai latarbelakang. Tapi aku yakin, pemimpin yang baik dapat mentadbir negara dengan baik.

Tiada ulasan: