Life Is A Drama..

Logo KBBA

22 November 2018

Dah Ada Gambar Dalam Air

Sebelum ni aku duk tengok je orang bergambar dalam air.. Memang lawa dan menarik. Nampak unik, tapi aku duk ingat dorang ambik gambar guna GoPro dan seangkatan dengannya. Memang nak beli tu tak mampu la.

Pernah sekali aku beli waterproof casing masa aku join satu trip blogger ke Lost World Tambun, tapi aku tak berapa yakin sangat, plus handphone aku bukannya jenis waterproof. Lagi pun, kalau guna waterproof casing tu, gambar jadi kelabu, tetap tak cantik.hahaha...


Tapi lepas kahwin, ada rezeki lebih, aku tukar phone yang waterproof dalam bulan 9 hari tu. Itu pun ambik pakej dengan telco yang aku pakai sekarang. Dan lepas tiga empat bulan, baru berani. Itu pun tak berani sangat la... Jenuh aku cari review dekat google dan youtube tengok dulu baru acah-acah berani.

Aku tahu, agak ketinggalan jugak aku ni dalam bab-bab nak ambil gambar dalam air ni, orang lain dah berkurun dah ada. Aku ni baru ada... Hahahaa... Maaflah, jakun sikit... Orang nak kata apa, lantak la kan... Hahaha


Tapi buat masa ni, aku puas hati la dengan handphone yang aku pakai sekarang. Tak ada masalah. 

Tiada ulasan: