Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 Oktober 2018

Sebab Bekerja Lama Di Sesebuah Syarikat

Baru ni, aku join satu event company yang gather kan semua pekerja-pekerja di bawah pemilik syarikat aku kerja ni yang dah bekerja lama. Maksudnya, ada yang dah berbelas tahun kerja dan ada yang dah 35 tahun bekerja dekat syarikat ni.

Bagi aku, kalau bekerja seawal company tu ditubuhkan sampai company tu berjaya dan ada nama dalam Malaysia, mungkin tu boleh jadi sebab untuk seseorang tu setia bekerja sampai ke tua. Tapi kalau mula bekerja saat company tu dah ada nama, untuk bekerja sampai belasan tahun dan puluhan tahun, aku macam tertanya-tanya. Apa sebabnya? Kalau aku yang baru bekerja dalam media dua tahun pun aku dah rasa lama, apa lagi dorang yang dah kerja belasan tahun?


Aku ada tanya dua tiga orang kenapa dorang kerja lama dengan syarikat sekarang ni. Antara jawapan yang aku dapat dorang ni suka dengan environment kerja syarikat sekarang, member kerja yang memang ngam sekepala dan malas cari kerja lain.

Well.. Semua jawapan tu aku terima dan boleh diterima dek akal. Kalau semua tu tak ada, mustahil la boleh kekal lama kan dalam satu-satu syarikat tu.


Kalau aku, entah lah... No komen untuk tu. Tengok pada rezeki macam mana. Mungkin boleh kekal lama dekat tempat sekarang ni sebab aku suka semua kat sini. Setakat kena marah tu biasa la kan? Hahahaha

1 ulasan:

YB Shehan berkata...

akk punya alasan mmg mls pk nak interview bagai dah. tp jgn ikut malas ni. klu ada tmpt utk improve diri, wajib cuba. jgn berada dlm keadaan selesa sgt