Life Is A Drama..

Logo KBBA

09 Oktober 2018

Penuh Bonet Kereta

Dulu, bila tengok kawan-kawan yang nak balik ke bandar lepas pulang ke kampung, penuh bonet kereta dengan barang-barang. Tambah lagi yang dah kahwin, penuh dengan segala barang-barang dari kampung. Serai, makanan semua kiranya memang dah cukup untuk nak guna kat dapur. Bila aku baca tu, memang aku gelak je la.


Aku pun masa bujang, kalau nak balik dari kampung, mak aku bekalkan jugak bermacam benda untuk aku. Takut anak dia tak cukup makan kot. Hahahahaha... 

Sekarang ni bila dah kahwin, aku hanya mampu senyum ja bila mak aku ambik apa yang ada kat keliling rumah tu untuk aku dengan Puan Isteri bawak balik ke KL. Hahahaah... Dulu duk gelak jugak dekat abang-abang aku bila tengok bonet kereta penuh dengan macam-macam barang. Sekarang ni kena dekat diri sendiri. Senyum ja la yang aku mampu.


Tapi tak kisah pun sebenarnya. Cuma kadang-kadang jadi lawak bila tengok balik. Tak tau apa yang kelakar, tapi agaknya nanti bila aku dah tua, macam tu jugak la kot aku buat dekat anak-anak aku nanti. Hahahaha...

Drama

Baru ni, aku balik dari kampung, mak aku bagi serai, jambu susu, ikan pekasam, kedondong semua la. Lepas tu kak aku bagi pokok lagi.. Pokok kari, kunyit la apa semua. Tapi okay jugak la, tak payah nak beli dah kalau pokok tu hidup nanti. Hahahaha... 

Tiada ulasan: