Life Is A Drama..

Logo KBBA

01 Oktober 2018

Masih Mencari...

Sejak dah kahwin ni, mood nak update blog memang ke laut sikit. Jenuh jugak la nak mencari kat mana mood tu ada. Asyik ke laut je. Nak dikejar, malas... Nak ditunggu, entah bila nak sampai. Hahahaha... Kadang memang semangat nak update blog, tapi dia punya tahap malas tu, ya ampun....

Dulu masa bujang agak rajin jugak la nak update blog, tapi bila dah kahwin ni. Adoiiii... Aku rasa masa bujang dulu, aku rajin sebab tak ada benda nak buat, tak ada kawan nak menyembang... Tapi bila dah kawen ni, hahahahaha... Ada kawan nak menyembang... Lepas tu lagi la mood nak update entah ke mana-mana.


Tapi jangan risau, aku masih sayangkan blog aku ni. Dekat 10 tahun dah kot blog ni. Takkan aku nak sia-siakan macam tu je kan? Jangan risau, blog ni aku takkan abaikan okay...cuma nak cari rentak untuk dapatkan mood... 

1 ulasan:

Mia Liana berkata...

takpe.... boleh catch up slowly...