Life Is A Drama..

Logo KBBA

14 Oktober 2018

Laman Sari Steamboat & Grill

Rasa macam dah lama aku tak buat food review kan?? Kadang ada ja tempat menarik untuk aku share dengan korang, tapi sebab malas, jadi aku tak share dekat blog aku ni. Iya la, macam aku ada tulis sebelum ni, aku masih lagi nak cari mood untuk update blog. Lepas kahwin ni, mood nak update agak ke laut sikit.


Okay, kali ni aku share sikit untuk korang penggemar steamboat and grill untuk kawasan Klang dan Shah Alam. Laman Sari Steamboat Grill di Jalan Kebun. Tak jauh  pun dari rumah mertua aku.

Pilihan makanan untuk steamboat and grill pun banyak. Sotong, ketam, pepahat, udang semua ada la. Aku paling suka daging dia. Perapan dia memang terasa sampai dalam daginh tu bila grill. Bebola pun ada macam-macam jenis. Sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. 

Macam biasa, ada dua pilihan kuah, sup atau tomyam. Tomyam dia secukup rasa walaupun mulanya macam tawar sikit. Tapi bila dah masukkan semua bebola tu, udang semua, jadi sedap sebab perisa dari isi yang masuk tu keluar.

Jadi, kalau nak try, korang boleh ke Laman Sari Steamboat and Grill di Jalan Kebun, Shah Alam. Tak rugi... 

Tiada ulasan: