Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 Oktober 2018

Jadi Aku Sebentar Saja

Baru ni aku dok dengar lagu Jadi Aku Sebentar Saja dari Judika. Baru je tahu pasal lagu ni sebab budak office aku duk dengar... Mulanya macam tak best, tapi bila dengar banyak kali, best pulak rasa. Plus, lirik dia pun senang nak faham dan lagi feel bila tengok video clip lagu ni.

Bila fikir balik, pernah tak kita fikir macam mana perkara yang jadi dekat orang lain tu jadi dekat kita. Atau kita duduk kat tempat orang yang tengah alami sesuatu tu? Mungkin dengan dugaan yang berat, kita rasa kita tak mampu untuk hadapi walaupun cuma sekejap.


Tapi bagi yang menghadapi tu? Macam mana agaknya? Kita yang sekadar melihat mungkin cuma mampu bagi nasihat atau anggap tu cuma satu perkara yang ringan. Cuba lah kita jadikan diri kita dekat tempat orang tu cuma sebentar, kita mampu atau tak nak hadapi?


Senang untuk berkata, tapi sukar untuk hadapi. Tapi kena ingat, Allah takkan uji hambanya dengan sesuatu yang diluar kemampuan. 

Tiada ulasan: