Life Is A Drama..

Logo KBBA

16 Oktober 2018

Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Baru seminggu rasanya aku duk bawa bekal untuk lunch ke office. Masa sehari dua bawa bekal, asyik kena bahan ja dengan member office, tapi sekarang dah tak kena bahan. Dorang jeles lettew... Hahahahha...

By the way, makanan yang aku bawak pun takda la luar biasa pun. Semuanya biasa-biasa ja. Ikut mood Puan Isteri masak. Aku cuma tukang bawak dan tukang makan ja.


Rasa seronok pulak bawak bekal ke office, teringat zaman sekolah dulu. Dulu rasanya aku bawak bekal sampai darjah dua je kot. Lepas tu mana ada dah bawak. Segan dah nak bawak ke sekolah. Budak perempuan iya la tak malu. Time rehat banyak ke kantin ja. 

Tapi bila dah kerja ni, bawak bekal pun takda masalah sebab makan pun kat pantry department aku ja. Kadang ada jugak geng budak laki yang bawak bekal. Dorang yang lain semua order kat luar.


Jimat pun jimat jugak kalau bawak bekal ni. Lagi pun tempat yang selalu kami beli sebelum ni, kadang-kadang ayam tu busuk la, apa la... Haishh... So nasib baik la Puan Isteri aku rajin bangun awal masakkan. Alhamdulillah...

Tiada ulasan: