Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 September 2018

Selesai Majlis Sambut Menantu

Alhamdulillah... Akhirnya dah selesai kedua-dua majlis kenduri.  Majlis bertandang dan majlis sambut menantu.  Semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada masalah sangat.  Setakat sikit-sikit punya masalah tu,  biasa la.  Mana ada yang sempurna kan? 

Bersyukur semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan.  Lauk pun cukup elok,  orang pun ramai datang dan ada yang aku tak expect pun datang.  Maksud aku yang aku tak expect datang tu,  aku memang jemput,  tapi tak menaruh harapan sangat dorang datang, tengok-tengok eih,  sampai.  Ada yang memang aku nak dorang datang,  pun ada jugak. 


Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis sebelah aku.  Semua dah bertungkus lumus dari awal majlis. Iya la,  semuanya gotong-royong, memang dua tiga hari sebelum kenduri nak kena buat dah sikit-sikit. 

Terima kasih jugak dekat keluarga aku yang dari awal dah plan macam-macam dari hari aku bertunang.  Banyak sangat dah pertolongan yang diberikan dekat adik bongsu dorang ni. Jasa baik abang,  kakak dan ipar-duai semua memang takkan dilupakan. I love you all... 

Lepas ni,  dah boleh relaks balik.  Kena kembalikan mood untuk menulis blog balik sebab agak lama tinggal sebab sibuk dengan majlis. Tapi aku rasa,  untuk seminggu dua ni banyak entry pasal wedding aku je kot... So,  bertabahlah. 


PS: Kalau ada yang nak sponsor honeymoon, rodger okay,  i tulis review nanti... Hehehe... 

Tiada ulasan: