Life Is A Drama..

Logo KBBA

28 September 2018

PASKAL : Antara Keluarga Dan Negara

PASKAL bukan filem yang aku nak tengok dan tak ada pun dalam list aku. Sebabnya, trailer filem ni pun aku tak tengok. Tapi disebabkan Puan Isteri dan bakal biras nak tengok, aku dengan abang ipar temankan je dorang. Tapi dah warning siap-siap, kalau tak best, siap dorang kena bahan.

Punca utama aku tak nantikan filem ni sebab aku bukan peminat Hairul Azreen. Hahahaha... Tambah lagi dengan isu pasal filem ni yang aku rasakan cuma gimik dan kutipan filem Qhaliq yang tak best, so aku rasa PASKAL pun mungkin alami nasib yang sama. Aku dah set dah, kalau tak best, aku taknak tulis. Tapi disebabkan best, ni review aku pasal PASKAL. 

Tapi, aku silap. To be honest, it was a great movie. I gave my full respect to the director and actor. Jalan cerita yang senang difahami dan tak merapu langsung. Lain dari yang lain. Secara tak langsung, aku tahu tentang kewujudan PASKAL ni. Ada few scenes yang buatkan aku rasa sedikit tersentuh, kagum dan gementar. Dalam masa yang sama, ada sedikit la babak-babak kelakar dalam filem ni yang sedikit sebanyak meredakan 'tekanan' dalam filem ni. 

Cerita berkisarkan tentang persahabatan, patriotism, pengkhianatan dan semangat berpasukan. I dont know how to describe this movie. But now, we have another great movie to show during national day. 

And cuba teka, mulanya aku jangkakan hall tu akan kosong, tapi rupanya, hampir penuh. So, memang ramai yang nantikan filem ni.

And bagi aku, kalau betul filem ni dipromosikan dengan betul, mungkin boleh cecah box-office. Well, korang kena tengok sendiri baru korang faham apa yang cuba sampaikan.

Untuk filem ni, aku bagi 9.5/10 sebab ada beberapa kesan CGI nya. But still, tak mencacatkan jalan cerita. 

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.

Tiada ulasan: