Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 September 2018

Khidmat Fotografi Dari Gegancu Production

Apa erti majlis perkahwinan kalau tak dirakamkan suasana persandingan tu kalau tak ada gambar-gambar menarik kan untum kenangan di hari tua nanti? Memang ada telefon dengan kamera yang lawa dan social media untuk kenangan nanti, tapi, nak jugak kalau ada fotografer yang boleh ambil gambar lagi lawa kan?

Untuk majlis persandingan sebelah aku, aku gunakan khidmat Gegancu Production. Memang gambar dia lawa-lawa dan menepati citarasa aku. Aku pun dah kenal fotografer dari Gegancu Production ni sebab kawan-kawan aku jugak. Tapi aku tulis ni bukan sebab aku rapat dengan dorang, tapi sebab aku puas hati la dengan hasil kerja dorang. Sebelum ni pun aku dah pernah tengok hasil kerja dorang, so memang tak salah aku ambil dorang untuk abadikan kenangan terindah dalam hidup aku.

Walaupun masih muda, tapi hasil kerja dorang memang cepat. Sporting dan banyak idea untuk jadikan gambar-gambar tu cantik.


Kalau pasal harga, aku rasa masih murah dan mampu dengan apa yang dorang offer. Kena dengan bajet aku la. Lagi pun dorang memang selalu buat promosi. Kalau korang nak guna khidmat dorang, bukan untuk majlis kahwin je tau, tapi untuk macam-macam majlis lagi. Bertunang ke, baby shower ke, malam berinai ke, birthday ke, korporat ke.. Senang kata, semua jenis majlis la, korang boleh guna khidmat dorang.

Kalau gambar yang belum edit pun dah lawa, apa lagi kalau dah edit kan? Hehehe... So kalau korang perlukan khidmat dorang, korang boleh terus ke IG dorang dan contact je dorang. Insya Allah korang akan berpuas hati. 

1 ulasan:

YB Shehan berkata...

rs nak bersanding semula. hehe..