Life Is A Drama..

Logo KBBA

26 September 2018

Kembali Sihat

Dari Sabtu lepas, aku terus demam walaupun kena hujan kejap je. Sangat kejap tak sampai seminit pun rasanya sebab sempat la bukak payung. Masa tu dekat Dataran Merdeka dengan family mertua aku.

Drama 

Balik tu, sampai rumah memang aku dah rasa semacam, tapi ingatkan takda apa la sebab aku dah biasa balik kerja waktu hujan. Mungkin sebab aku tak mandi masa balik tu, tu yang demam teruk. 


Tapi demam kali ni memang teruk sikit. Mungkin nak bermanja dengan Puan Isteri sekali kot. Hehehe... Ye la, sebelum ni, kalau demam memang diri sendiri je yang melayan, tapi dah ada bini, kena la bermanja sikit. Hahahaha... Poyo jap. 


Ahad tu memang aku dah mula tak larat. Tapi aku ingat biasa la. Malam tu memang aku letih gila dan tekak mula rasa sakit. Tonsil dah mula bengkak. Memang jadi tak larat terus macam tak tidur banyak hari. Sudahnya, Isnin tu ke klinik dan dapat MC sehari. 


Yang peliknya bagi aku, siang aku macam okay sikit la, kiranya boleh drive apa semua lagi, tapi malam je, memang badan aku jadi panas. Badan pun jadi lenguh dan sakit-sakit. Doktor cakap sebab tonsil aku tu dah ada infection. Sebab tu sama la kot. Tapi takkan malam je baru badan aku rasa panas??


Tapi hari ni Alhamdulillah, dah rasa sihat banyak, cuma tonsil je masih bengkak lagi. Susah sikit nak menelan. Esok lusa okay la tu... 

1 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

get well soon. jangan minom aaaais ya.. minum honey =D