Life Is A Drama..

Logo KBBA

04 September 2018

Honeymoon Ke SEEngapore Dengan Traveloka Promotion

Fuhh…agak lama jugak aku tak update blog. Maklum lah, sibuk dengan kerja dekat pejabat, lepas tu sibuk dengan majlis kenduri aku lagi. Memang kadang-kadang rasa tak sempat. Ini pun nasib baik dah selesai majlis kedua-dua belah pihak. Jadi dah boleh rest sikit walaupun badan agak penat sebab majlis dekat kampung ni gotong-royong.

Okay, bila dah nama pengantin baru ni, mesti la nak usha-usha tempat untuk honeymoon. Aku dok survey beberapa tempat sama ada dalam Malaysia ataupun luar Negara, tapi Negara jiran je la. Tapi aku macam tertarik jugak untuk ke SEEngapore. Iya la, Negara jiran je kan, dekat pulak tu. Lagi pun, aku dah sampai dah Indonesia dan Thailand, apa salah kalau ke SEEngapore. Tapi sebelum pergi tu, aku nak buat survey dulu apa tempat yang menarik dekat sana. Kang kalau tak buat research, macam rugi ja ke sana kalau tak explore habis-habis. Tapi aku rasa, macam banyak ja tempat menarik lepas aku tengok kawan-kawan aku ke sana. 

Haaa…macam menarik je kalau ke SEEngapore. Macam mana nak book?? Sekarang ni dah banyak jugak aplikasi guna yang nak travel ni. Tapi kan, aku lebih suka guna Traveloka. Mudah sebab semuanya boleh guna dalam satu aplikasi. 

1. Merlion Park



Bila tengok kawan-kawan ke Singapura, semuanya wajib bergambar dekat sini. Katanya lokasi wajib kalau datang ke Singapura untuk bergambar dengan tugu lambing kebangsaan Kota Singa ni. Katanya, tak lengkap ke Singapura kalau tak datang ke sini. Sama macam ke Kuala Lumpur, tapi tak bergambar di Menara Berkembar Petronas.

2. Bugis Street



Kalau dah pergi satu-satu tempat atau Negara tu, mesti nak beli sesuatu kan untuk buah tangan. Kenang-kenangan dari satu-satu tempat tu. Lepas aku google serba sikit, Bugis Street katanya tempat yang paling sesuai untuk shopping souvenir. 

3. Crane Dance



Hasil dari pencarian aku, Crane Dance ni merupakan persembahan teater yang menggunakan alat mekanikal sahaja tanpa ada seorang pun manusia sebagai watak dalam teater yang menceritakan tentang cinta antara dua ekor bangau yang begiu mendalam sehingga mengubah mereka menjadi dua ekor burung yang terbang bebas. Penceritaan ini disampaikan dengan effect khas audio visualnya  melalui kombinasi system pencahayaan dan kesan air.

4. Marina Bay Sands

Tempat ni katanya menjanjikan panorama yang sangat indah terutamanya pada waktu malam kerana kedudukannya di tepi air ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser. Macam menarik je kan??

5. Universal Studios Singapore



Menarik gila kalau ke sini. Memang lokasi wajib jugak kalau ke Singapura. Dengan ada bermaam jenis permainan dekat sini, mesti seronok gila. 

6. Gardens by the Bay



Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden. Kat sini jugak katanya terletak air terjun indoor yang tertinggi di dunia. Rasa macam susah nak keluar je sebab kalau tengok gambar, macam cantik tempat dia. Confirm aku dan Puan Isteri akan bergambar puas-puas dekat sini.

7. Henderson Wave Bridge



Jambatan ni terkenal dengan rekabentuk rekaannya dan juga merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian 36 meter dari darat dan sepanjang 274 meter.


Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik yang aku rasa best dekat Singapura ni. So, nak mudah kan perjalanan aku, baik aku guna Traveloka sebab Traveloka adalah pakar dalam perjalanan dan percutian aku sebab ia dah jadi ‘one-stop travel app’ yang menawarkan kemudahan percutian ke Singapura. Jadi kalau aku ke sana, tak payah la aku nak install macam-macam apps kalau aku nak explore Kota Singa tu. Buat berat phone je.


Lagi satu, apa yang menarik perhatian aku untuk aku dan Puan Isteri berhoneymoon dekat Singapura nanti, kami akan dapat diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50.00 flat rate discount untuk penerbangan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapura dengan menggunakan Traveloka sama ada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon ‘GOSG’.

Lepas tu, yang buat aku tertarik lagi untuk ke Singapura, aku boleh dapatkan tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20 peratus di Singapura dan aku tak perlukan sebarang kupon untuk dapatkan potongan tu. Jimat kan? Dah la jimat RM50 untuk tiket kapal terbang, lepas tu dapat potongan lagi untuk tempahan hotel. Boleh guna untuk shopping dekat Singapore nanti.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa guna Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore. Rugi weh kalau korang tak grab peluang macam ni.

Jap, korang mesti tertanya-tanya macam mana nak dapatkan diskaun RM50 dan potongan tempahan hotel tu kan? Meh sini aku nak bagi tahu macam mana.

1. Promosi RM50.00 hanya sah untuk penerbangan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID.

2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod ‘GOSG’ sewaktu pembayaran.

3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.

4. Tempoh tempahan : Bermula 1 September hingga 30 September (Subject to change)

5. Tempoh perjalanan : Anytime yang korang nak!!!

So tunggu apa lagi,  jom book sekarang.. Jangan menyesal nanti.   

8 ulasan:

Eiza GreenAppleKu berkata...

Wow...banyak juga tempat menarik kat sana ya. Thanks you for the list. Mudahkan kerja sis. Manalah tahu ada rezeki nak ke sana nanti.

noorhaidaz eyda berkata...

Bestnya hanimun ke Singapore

YB Shehan berkata...

spore luar negara pertama akk g honeymoon. hiii

mas saari berkata...

Teringinnya nak pergi Singapore, cantik!

Ben Ashaari berkata...

Best!!!

Nadia Johari berkata...

bgusla awak honeymoon kat situ..dekat je kan..sekrg tengah promosi Traveloka

ai berkata...

Ohhh nak g honeymoon kat Singapore.

Sue Izza berkata...

Bestnyaaa honeymoon eh hahahah