Life Is A Drama..

Logo KBBA

24 Ogos 2018

Tragedi Sehari Sebelum Nikah

Tajuk dah macam gempak.  Kononnya macam teruk sangat kan? Hahahaha... Tapi aku rasa kalau korang duduk tempat aku pun mesti gelabah dan kelam kabut jugak la.  Tambah mana dengan banyak benda nak kena settle sehari sebelum nikah.  


Ceritanya,  Jumaat pagi tu aku kemas bilik sewa aku sebab itu last day aku dekat situ.  Lepas nikah memang aku terus duduk rumah mertua aku. Masa tengah kemas-kemas tu,  aku buang sampah dekat luar dan masuk semula dalam rumah dan lock pintu utama rumah macam biasa.  And you know what,  tombol tu terus rosak dan tak boleh bukak langsung.  Aku dah cuak sebab aku dah banyak plan Jumaat tu.  Untuk cari kasut,  ambik baju,  cari barang sikit-sikit semua tu sebelum aku pergi ambil family aku dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh.  

Aku tak terfikir nak tendang tombol pintu tu sebab dah gelabah.  Aku mesej budak rumah aku pun dorang tak boleh buat apa.  Aku kejutkan budak rumah aku,  dia pun tak boleh buat apa.  Nasib la aku ada dapat nombor tukang.  Tunggu la.  Tapi rasa macam lambat.  Elok aku nak tendang,  dia sampai.  Lega dah aku walaupun duit terpaksa melayang.  Tak boleh claim pulak tu dengan tuan rumah.  Sebab katanya masalah tombol tu bukan berpunca dari dorang.  Sob sob sob. 

Okay lah,  dah settle semua tu,  aku pergi la cari barang dekat Tesco.  Itu pun terpaksa kelam kabut sebab hari Jumaat,  mana dengan nak ke masjid lagi.  Lepas tu balik ke office untuk ambil kereta.  Haishh.. Serius aku rasa tension.  Hahahahaha.... 


Lepas sembahyang Jumaat,  aku balik ke rumah dengan kereta sebab nak ambil beg baju semua.  Lepas dari situ,  aku terus ke butik dekat Selayang untuk ambil baju sanding. 


Sampai situ,  masalah lagi.  Kalau sebelum ni,  aku pergi hari kerja dan spend masa kat butik dengan Cik Tunang (masa tu)  dekat sejam,  turun takde pulak saman.  Tapi Jumaat tu,  aku rasa tak sampai 15 minit aku kat butik,  turun-turun dah ada surat saman.  15 minit aku tinggal,  kena saman... Yang sejam aku tinggal sebelum ni,  takde pulak.  Haishhh,  benda nak jadi kan... Hahahaa

Lepas dari tu,  aku terus ke Jalan TAR untuk cari kasut nikah.  Jenuh aku pusing Sogo nak cari kasut size aku.  Ada tu memang la ada,  tapi aku pulak tak berkenan.  Nasib la jumpa jugak dekat Pertama Kompleks,  itu pun ambik jugak la walaupun aku tak berapa berkenan.  Hahahha... 


Lepas dah settle semua cari barang-barang aku,  baru aku teringat pasal songkok.  Shit,  songkok aku kat office.  Dah la dengan masa tu dah pukul 5.30...family aku ramai dah sampai dekat Sungai Buloh.  Adoiiii... Jalan comfirm jammed. Nak tak nak,  memang kena rushing la ke sana.  Tapi nasib baik office aku kat Damansara Perdana.  One way je la.  


Selesai semua, aku rasa lega.  Sampai kat homestay pun tak lewat sangat.  Walaupun agak kelam kabut,  tapi Alhamdulillah,  selesai jugak semua... 

Tiada ulasan: