Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 September 2018

Kisah Pertemuan Dengan Jodoh



Sebelum apa-apa,  aku nak cakap sorry dulu la kalau seminggu dua ni,  memang banyak post-post aku dekat sosial media ni semua berkaitan majlis kenduri aku kan.  Hehehehe... Aku rasa mana-mana pasangan pun sama.  Selagi tak habis majlis dua-dua belah pihak,  memang gambar dekat sosial media memang pasal kenduri je la,  tambah kalau dapat gambar dari fotografer,  memang lagi kerap la. 

Okay,  mungkin pada awal aku bertunang,  ramai yang terkejut.  Iya la,  aku tak pernah bercerita dekat sesiapa dengan siapa aku bercinta atau dengan siapa aku berkawan.  Even sahabat aku pun,  dorang cuma tau macam tu je la.  Tak in details sangat pun.  Semuanya berlaku dengan cepat dan aku sendiri pun tak sangka sebenarnya semua tu berlaku dengan cepat.  Macam mana aku kenal dengan isteri aku? Meh aku nak cerita sikit... 

15. 11.2017
Kak Laila hantar Whatsapp aku tanya kalau aku nak berkenalan dengan anak kawan dia,  orang Gerik tapi sekarang menetap di Shah Alam.  Memandangkan aku dah move on dari kisah lama,  aku terima sekadar untuk berkawan.  Aku add di Facebook dan di approve.  Aku  PM di Facebook dan terus minta nombor telefon. Senang untuk menyembang. 



Sembang serba sikit dan aku tahu dia buat kek.  Jadi aku order kek untuk bawak ke Tanah Aina pada 18.11.2018. Kebetulan memang aku ke Tanah Aina Fahad dengan geng KBBA9.  

17.11.2017
First time jumpa.  Aku minta location rumah dan terus ke rumah untuk ambil chocolate moist dan ambil mak dia di dialisis.  Tapi sebelum tu,  pergi makan dulu.  Kiranya first date la kononnya. Lepas makan,  terus ambil mak dia dekat dialisis centre dan singgah minum kejap.  Kena interview lebih kurang.  

Bila balik, masuk rumah kejap.  Sembang lebih kurang (air pun tak dihidang atas alasan wife aku cakap baru lepas minum). Huh.. Lepas tu aku terus mintak diri sebelum abah dia balik.  Ngam aku keluar pagar rumah,  abah dia sampai.  Sembang la kejap kat luar rumah.  Walaupun dah dipelawa masuk,  aku segan dan bagi alasan rushing nak ke tempat lain.  

25.11.2017
Disebabkan rasa macam kurang sopan,  aku bagitahu nak ke rumah dia untuk berjumpa dengan abah dia,  terus bawak dia ke rumah abang aku dekat Klang. Sempat la diinterview sikit dengan abah dia masa lunch tu.  Aku siap minta izin lagi nak berkawan.  Alhamdulillah dipermudahkan. 

Lepas tu sampai kat rumah abang aku,  saja kenal-kenalkan.  Nothing much happen.  Then masa balik,  dia bagitahu,  Pak Long dia dari Gerik nak jumpa.  Kebetulan memang Pak Long dia ada dekat area sini.  Sekali lagi kena interview.  Hahahaha... 

Tapi lepas interview tu,  Alhamdulillah.  Green light dari semua untuk kami berkawan.  


10.12.2017
Family dia ke Kulim untuk kenduri. Dan balik tu family dia nak singgah ke rumah aku di kampung.  Aku  dah bagitahu family aku.  Mulanya sekadar untuk berkenalan je la.  Tapi rupanya,  dah boleh dianggap sebagai merisik walaupun sepatutnya,  lelaki ke rumah perempuan,, hahahaha... Abah aku cakap,  nak permudahkan urusan kami ja.  Dia pun first time kena interview dengan keluarga aku. 

23.12.2017
Aku balik ke kampung untuk kenduri sepupu aku.  Petang tu,  abah tanya bila nak bertunang.  Aku bagitahu cadangnya dalam bulan 4. Lepas tu abah terus cakap,  macam dah lambat sangat.  Abah nak minggu depan.  Tak terkejut kalau korang kat tempat aku? Tapi bila abah dah  cakap macam tu,  terpaksa ikutkan.  Seminggu weh tak cukup tidur,  takda selera makan.  Hahahahaha... 

30.12.2017
Alhamdulillah,  kami selamat bertunang.  Dengan tarikh,  wang hantaran dan mas kahwin dah mang ditetapkan.  Nervous dia tu aku tak tau nak gambarkan macam mana.  Bertunang je pun. By the way,  patutnya hari bertunang tu adalah hari kami keluar date. Tapi terpaksa berubah.  Hahahahaha... 


18.8.2018
Alhamdulillah, lebih kurang tujuh bulan lebih bertunang, kami selamat diijabkabulkan. Sah menjadi suami isteri. 

2 ulasan:

YB Shehan berkata...

smooth jer perjalanan percintaan sampai ke jinjang pelamin. akk doakan korang sentiasa bahagia. expect the unexpected. keep calm & ingat kisah cinta yang happy2 je k..

Normi Nieza berkata...

hah..giteww ceritanya..:)